AL-QURAN SUDAH DITINGGALKAN

Tidakkah kita sebagai umat Muhammad berasa sedih
setelah melihat umatnya yang ditinggalkan melebihi
1400 tahun telah kembali ke zaman jahiliah? Semuanya
gara-gara meninggalkan harta pusaka Nabi s.a.w yang
paling bermakna, iaitu al-Quran.
Sedangkan, sebelum meninggalkan umatnya baginda
berpesan agar tidak meninggalkan al-Quran dan berpegang
teguh padanya. Hari ini, ayat-ayat al-Quran hanya
dijadikan hiasan pada dinding masjid, rumah dan lainlain
lagi.
Hakikatnya, al-Quran diturunkan bukan untuk digantung
sebagai perhiasan, bukan untuk dijadikan hadiah
hantaran perkahwinan dan bukan juga untuk dijadikan
tangkal sebagai ‘penghalau’ hantu atau syaitan. Tetapi,
al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami dan diamalkan
hukum-hakamnya. Hal ini bertepatan dengan
firman ALLAH S.W.T: Maksudnya:
“Rasul berkata: Wahai TUHANku! Sesungguhnya
kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan
yang ditinggalkan, tidak dipakai.” – Surah al-Furqan: 30.
Kecelakaan besar bakal ditempuhi oleh golongan yang
membelakangi dan meninggalkan al-Quran di dunia dan
akhirat. Golongan ini bukan sahaja tidak beramal de ngan
al-Quran, malah langsung tidak pernah menyentuh dan
membukanya.
Menurut Jabir r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya:
“Al-Quran adalah pemberi syafaat yang amat berguna
dan ia pasti membelanya kelak. Sesiapa meletakkan dia
di hadapannya (sebagai penyuluh jalan) ia akan memimpinnya
ke syurga. Manakala sesiapa yang membelakangi
al-Quran, ia pasti memimpinnya ke neraka.”
– Hadis sahih riwayat al-Baihaqi, al-Tobrani dan selainnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan