ANDA PASTI MENANGIS.......!!!

Pagi Jumaat.... Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! Subhanallah.... Wallahu`alam.

AIR MATA ADAM

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit keranaterlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh airini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliaumenyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanyakepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu." Apa Yang Akan Ditanya :-Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ? Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akanmeninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyangapabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." Kala Jengking Neraka Dihari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy inidari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit danbumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak kemana dan siapa yang kau cari ? " Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencarilima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orangyang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak." SOLATLAH ANAK-ANAKKU Sekejap-sekejap saya meninjau ke anak tangga. Namun, kelibat Kak Long dan Kak Ngah masih belum terlihat di mata. “Hmm…dah dekat pukul lima dah ni…” saya berbisik di dalam hati sambil mengerling sekilas jadual waktu solat yang ditampal di pintu bilik. “40 minit lagi dah masuk maghrib…”saya mencongak-congak sendiri. Di tingkat bawah, riuh rendah suara anak-anak bermain menerobos masuk ke cuping telinga. Sesekali tercuit juga mendengar telatah mereka berbual dan bergurau. Usik mengusik dan saling berbalas kata hingga banyak kali si kecil Solehah menangis akibat dikenakan oleh kakak-kakak dan abangnya, Khalil. “Hmmm, asyik betul bermain….” Bisikan di hati bertemali. Di luar rumah, suasana terang kian kelam. Siang pergi, malam pula mengambil ruang untuk mengabdikan ‘diri’. Bukti ketaatan yang tidak pernah culas kepda Pencipta Yang maha Suci. MELENTUR BULUH Biarpun saya dan suami tidak pernah dilatih untuk menunaikan solat ketika kecil oleh kedua ibubapa kami, namun melihat kepada perkembangan kurang sihat di kalangan generasi hari ini, juga tatkala menerima sekian banyak luahan diri, masalah peribadi, pergolakan keluarga, keruntuhan rumahtangga dan seumpamanya yang melibatkan individu-individu yang bermasalah dalam pelaksanaan solat mereka; kami menyimpulkan bahawa penekanan solat sememangnya penting agar kefahaman di sebalik pelaksanaan ibadah solat yang sempurna mampu menatijahkan manfaatnya iaitu sebagai benteng kepada sebarang perlakuan buruk, seterusnya mengukuh jatidiri seorang mukmin bertaqwa dari menghampiri sebarang aktiviti maksiat dan berterusan dalam dosa. Firman ALLAH SWT : اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ Maksudnya : “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” ( Surah al Ankabut ayat 45 ) Kerana itu, saya dan suami meyakini bahawa semua itu dapat dicapai dengan memulakan didikan solat kepada anak-anak sejak kecil lagi, iaitu bila mereka sudah mula menunjukkan minat meniru setiap geraklaku ibu bapa yang biasanya terjadi seawal usia dua tahun lagi. Melentur buluh biar dari rebungnya, demikian nasihat orang-orang dahulu kala. Sungguh! Ada relevannya. Sebelum anak-anak mencecah usia 7 tahun, saya dan suami sendiri bermula hanya dengan ‘mengajak-ajak ayam’ anak-anak agar mereka mahu untuk solat bersama, menghampar sejadah dan memakaikan tudung agar mereka merasa teruja untuk mengikuti pergerakan-pergerakan yang ada di dalamnya. Betul atau salah cara mereka menunaikan tiang agama itu dari sudut perbuatan, bacaan mahupun bilangan rakaat solat yang ditunaikan pada ketika ini bukan menjadi persoalan kerana objektif utama hanyalah untuk menanamkan minat dan memperkenalkan anak-anak kepada ibadah solat. Tidak perlu menggunakan kuasa ‘veto’ ibu bapa untuk memaksa anak-anak melakukannya kerana sebarang perkembangan kemampuan anak-anak melakukan gerakan solat akan berlaku hasil dari kematangan proses belajar yang diberikan. Pengalaman dan pelatihan yang berterusan sebenarnya mempunyai pengaruh kepada mereka, bermula dengan didikan asas sejak kecil dan ia akan berkembang selaras dengan pertambahan usia mereka. Seterusnya, setelah usia anak-anak mencecah 7 tahun ke atas, barulah suami meminta saya untuk mengajar anak-anak berwudu’ dengan cara yang betul, menyemak bacaan solat mereka terutama bacaan-bacaan yang dikategorikan sebagai rukun solat seperti al Fatihah dan tahiyyah, sementara semakan lebih serius dan 'digeruni' oleh mereka dilakukan sendiri oleh suami setiap kali selepas solat maghrib. Manakan tidak, rotan juga 'disediakan'. Selain itu, kami juga membelikan mereka pakaian solat sebagai satu ransangan dan motivasi yang akan menghadirkan perasaan gembira untuk menunaikan solat bersama-sama. HUKUMAN “Abang, kak Long kak ngah belum solat Asar lagi. Dah masuk waktu Maghrib ni. Asyik sangat bermain la tu, sampai lupa waktu,” lapor saya kepada suami di bilik studi. Seperti biasa, tanpa banyak bicara, suami bingkas bangun dan mengambil penyangkut baju di belakang pintu. Saya hanya memandang. Telah maklum apa yang akan berlaku sebentar lagi. “Kak long, kak ngah..naik atas kejap.” Dari dalam bilik studi saya mendengar suara suami memanggil. Sejurus, kedengaran bunyi tapak kaki berlarian mendaki satu demi satu anak tangga. “Dah solat Asar ke belum?” Tanya suami. Tegas. Saya mencuri-curi pandang dari balik daun pintu bilik studi. Terlihat wajah anak-anak menekur lantai anak tangga. Jawapan balas yang diberi juga sayup-sayup masuk ke cuping telinga saya. Lemah. Nada orang bersalah. “Hulur tangan,” arah suami. Masih tegas dan menggerunkan hati anak-anak yang mendengar. Suami memukul tapak tangan kedua-duanya. Dua kali setiap seorang. Wajah kak long muram. Kak ngah juga demikian. Pukulan yang tidak begitu kuat, tidak melukakan tetapi cukup sebagai pengajaran dan diharap tersemat kukuh di dalam ingatan. “Ambil wuduk sekarang.. qada’ solat asar.” Arahan suami masih belum selesai. Kak long dan kak ngah menurut perintah. Saya memandang suami. Suami juga melihat ke arah saya. Kami saling berpandangan. Penuh makna. Kami sentiasa memikirkan bagaimana sensitiviti anak-anak di luar pandangan dan ingatan kami, adakah mereka akan kekal patuh dan ingat kepada tanggungjawab mereka? GALAKAN DAN CEGAHAN Sememangnya melatih dan mendidik anak-anak untuk melazimi solat fardu yang lima bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, konsentrasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi dari kedua ibu bapa. Baik suami, juga isteri, kedua-duanya perlu saling bekerjasama dan tidak bertelagah dalam menentukan corak didikan terhadap anak-anak. Amat membimbangkan apabila saya pernah membaca di dada akhbar beberapa tahun dahulu, peratusan umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah solat fardu lima waktu dengn sempurna. Laporan tersebut merupakan hasil kajian seorang pakar motivasi terkenal tanahair, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini. Justeru itu, saya dan suami bersetuju untuk melaksanakan peraturan baru dalam didikan solat anak-anak kami terutama kepada kak long dan kak ngah yang telah menjangkau usia 9 dan 11 tahun pada tahun ini. Jika ketika mereka kecil, saya dan suami hanya mengajak dan memberi galakan, tetapi sebaik sahaja mereka melangkah usia mumayyiz, kami mahu melihat keinginan untuk solat itu bukan terhasil dari suruhan atau perintah ibu bapa, sebaliknya ia hadir dari kesedaran mereka terhadap penunaian solat sebagai satu kewajipan yang mesti dilaksanakan ke atas setiap muslim yang taat kepada TUHAN ar Rahman. Peraturan tersebut ialah kami tidak lagi mengingatkan mereka setiap kali waktu solat tiba. Pada tahap ini, saya dan suami cuba untuk menyemai mujahadah ( kesungguhan dari diri sendiri ) pada diri anak-anak agar pemahaman dan ilmu yang ada tentang solat dapat diakui oleh hati. Tambahan lagi waktu solat di UK ini yang sering berubah-ubah mengikut musim, menyebabkan perlu sentiasa peka dan berawas sentiasa dengan masa. Berbeza dsekali dengan waktu solat di malaysia, waktu di sini boleh berbeza 1 - 6 minit setiap hari. Lebih megelirukan apabila waktu diawal dan dilewatkan sejam kerana perubahan musim panas dan sejuk. Bukan anak-anak sahaja yang keliru, malah orang dewasa yang baru sampai ke UK juga begitu. Untuk lebih membantu anak-anak tanpa meninggalkan mereka begitu sahaja, suami menampal jadual waktu solat di pintu bilik mereka. Jika masih leka dengan bermain dan sebagainya, sehingga solat tidak ditunaikan di dalam waktunya, maka kami akan mengenakan hukuman ringan sebagai satu pelaksanaan kepada gesaan dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun..” ( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud ) POHON PENILAIAN “Cuba kak long, kak ngah tengok gambar ni.” Saya berkata sambil menghulurkan dua keping gambar tidak berwarna kepada mereka. Kak long dan kak ngah segera mengambil dan mengamati gambar-gambar yang diberikan. Gambar pertama merupakan lakaran sebatang pohon dengan tujuh dahan yang dipenuhi lima helai daun dan sebiji buah pada setiap satunya, manakala gambar kedua, juga merupakan lakaran sebatang pokok tetapi lebih besar dengan dahan yang lebih banyak dari yang pertama. “ Ni untuk apa Ummi. Ala, dalam bahasa arab. Kak ngah tak faham..” balas kak ngah sedikit mengeluh tatkala melihat tulisan yang tertera pada gambar di hadapannya bukan di dalam bahasa melayu atau inggeris. “Apa kak long, kak ngah kena buat dengan pokok-pokokni Ummi?” kak long pula menyoal. Tergambar keterujaan pada riak wajahnya. “Ini jadual penilaian namanya, untuk solat fardu, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak...cukup lima kali sehari semalam, tapi dalam bentuk sebatang pokok. Gambar pokok yang pertama ni untuk penilaian seminggu, yang kedua ni pula untuk sebulan,” saya menjelaskan. “Dengan pokok’ ni kak long dan kak ngah boleh tengok bagaimana penjagaan solat sehari-hari. Adakah dah jaga masa solat dengan baik atau tidak. Cuba tengok ni...” saya mengarahkan tumpuan ke bahagian bawah helaian tersebut. Di situ tertera panduan mudah bagaimana pokok penilaian itu diaplikasikan. “Kalau kak long, kak ngah solat awal waktu, tak lewat atau terlepas, daun pada dahan ini kak long dan kak ngah warnakan dengan warna hijau. Kalau lambat atau dah habis waktu, baru nak solat…warna daun diwarnakan dengan kuning. Kalau banyak daun hijau, itu tandanya solat kak long, kak ngah bagus. Tambah pula dengan gambar buah-buah ni yang diwarnakan dengan warna merah kalau kak long dan kak ngah ada buat perkara-perkara baik. Wah! Tentu cantik pokok kak long dan kak ngahkan?” jelas saya lagi. Kedua-duanya tersenyum-senyum senang hati. “Kalau kita tengok pokok yang daunnya warna hijau, kan cantik. Segar je. Orang lain pun boleh duduk di bawahnya ketika panas sebab redup. Berbanding pokok-pokok yang daunnya warna kuning…tanda layu dan nak gugur. Lama-lama tak ada daun, tinggal batangnya je…” tambah saya panjang lebar. “Haah…macam daun-daun masa autumn kat UK ni kan Ummi…” kak long tersengih menampakkan gigi. Saya menganggukkan kepala mendengar kata-katanya. “Dan lagi, bila habis je seminggu dan ummi tengok ‘pokok penilaian ‘solat kak long kak ngah penuh dengan daun-daun hijau, ummi akan beri setiap seorang 50pence (= RM 2.30) sebagai hadiah. Simpan dalam tabung tau…but please don't forget, kak long dan kak ngah perlu jujur dengan diri sendiri....macam tadi, tak bohong bila ayah tanya dah solat asar atau belum. Walaupun kak long dan kak ngah dah tahu, kalau lewat dan tertinggal waktu solat kena hukum. Orang yang solat, sentiasa berusaha bercakap benar. Apa hadis yang kak long, kak ngah hafal tu?" saya mengambil kesempatan menduga ingatan kedua-duanya. "عليكم بالصدق , always be truthful.." jawab kedua-duanya serentak. "Alhamdulillah. Be honest ok,” saya mengakhiri kata-kata sambil menghadiahkan senyuman manis buat anakanda berdua. Dalam pada itu, saya teringat suami pernah membuat kejutan selepas merotan keduanya kerana terlepas waktu solat, namun kemudian menganugerahkan £2 kepada mereka sebagai penghargaan bercakap benar. Lebih-lebih lagi, saya baru sahaja memaklumkan kepada suami bahawa keduanya sangat ingin membeli buku cerita sempena pesta buku di sekolah. Kelihatan terubat kesedihan mereka dengan anugerah yang tidak disangka itu. "Ingat.. lain kali kalau tertinggal solat, kena rotan..kalau cakap benar pun tak ada hadiah lagi tau" tegas suami kepada mereka. MENJAGA FITRAH Sesungguhnya tiada sebab lain dari semua yang saya dan suami lakukan di atas melainkan ia adalah sebagai satu usaha dari saya dan suami untuk menjaga fitrah anak-anak agar tidak terpengaruh oleh hal-hal negatif sebagaimana maksud dari sabda baginda SAW yang lain : “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci ). Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi “. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) Setiap ibu bapa seharusnya menginsafi bahawa melalui metod latihan solat yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan mungkin wang ringgit ini, ia tidak lebih adalah sebagai langkah awal untuk memperkuat fitrah ilahiyah yang wujud sejak azali di dalam diri setiap manusia. Ia disubur dan dikembangkan melalui pelaksanaan lima rukun islam yang disyariatkan oleh ALLAH SWT di mana salah satu darinya ialah ibadah solat fardu yang lima. Untuk itu, usaha selanjutnya harus dikembangkan kepada kesedaran untuk meningkatkan kualiti solat, sehingga dengannya, ia mampu mencegah anak-anak dari perbuatan keji dan mungkar. Kualiti ini secara lahiriahnya terungkap dari bagaimana nilai-nilai solat itu ‘hidup’ dalam diri individu yang mendirikannya. Mereka yang solat dengan pelaksanaan yang benar, akan mampu menjaga waktu, memiliki taqwa kepada ALLAH dengan menjaga tingkah laku, memelihara lidah dari berkata yang sia-sia dan menipu, serta merasakan pengawasan ALLAH pada setiap ketika, walau di mana mereka berada. Andai iman itu seumpama akar tunjang bagi sepohon pokok, maka solat pula diibaratkan sebagai batangnya. Syari’at Islam yang syumul tidak akan dapat disempurnakan sebaiknya jika solat tidak didirikan. Justeru itu solat berperanan sebagai tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Benarlah sabda baginda junjungan yang maksudnya : "Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi." (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ). SOLATLAH ANAK-ANAKKU “Ummi, ummi…tadi kat sekolah Kak Ngah dah cakap pada Miss Bodycote…” Petang itu, sebaik selesai mengerjakan solat Zohor dan Asar, Kak Ngah menyapa saya yang sedang membasuh pinggan dan mengemas dapur. Mendengar kata-katanya, saya menoleh. Selalunya bila Kak Ngah berbicara tidak jelas sebegitu, dia mahu berbual dan bercerita. “Kak Ngah cakap apa pada cikgu?” saya menyoal. Menurut agakan saya, tentu perkara yang dibicarakan itu hanya berkaitan kerja-kerja sekolahnya sahaja. Akan tetapi… “Pasal solat la Ummi..” Kak Ngah menjawab. “Solat?” Saya mengerutkan dahi. “Ye la Ummi…sekarang kan waktu sembahyang dah cepat…jadi Kak Ngah pun cakaplah pada cikgu Kak Ngah : Miss Bodycote, the time to pray for muslim is getting early, so we don’t want to miss prayer, we need a place in school to pray , in a clean place, we will bring our praying mat to school. “ Kak Ngah bercerita sambil penuh ekspresi memek muka. Saya tersenyum tanpa bicara. Seungkap kalimah tahmid merecup indah menyelimuti jiwa. Sekalung doa menyusul ke hadrat Yang Maha Esa : رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”(Surah Ibrahim ayat 40 ) Solatlah anak-anakku.... Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT LINDUNGAN ALLAH

Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAWmenggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya: Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu 1) Pemerintah yang adil. Pemimpin mestilah adil dalam melaksanakan tanggungjawab nya tidak kira siapa sahaja asalkan rakyatnya. Contoh utama pemimpin ialah Baginda Rasulullah melaksanakan Amanah yang diperintahkan Oleh Allah swt. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat. 2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu. 3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Seseorang yang gemar hadir ke masjid untuk mengimarah rumah Allah dengan ibadah dan menuntut ilmu. Kecintaannya dengan masjid mendorongkannya untuk mencari ilmu untuk beramal mendapat naungan Allah di padang mahsyar. 4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat 5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah! Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina. 6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai. 7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan. Wallahualam.

BAHAYANYA BURUK SANGKA

Permusuhan boleh dielak jika pandai jaga percakapan, saling perbetul kesilapan KITA selalu menyangka bahawa kasih sayang sesama manusia hanya akan lahir apabila mereka saling mengenali dan mempunyai tautan hati. Kita lupa bahawa sebagai makhluk Allah SWT yang bergelar manusia, kita sebenarnya berkasih sayang apabila mempunyai sifat belas kasihan dan saling melindungi antara satu sama lain. Sayang sekali sekiranya kita tidak mampu berkasih sayang dan saling mengingatkan antara satu sama lain, apatah lagi sekiranya berkongsi akidah yang sama. Tanpa kasih sayang, kita akan selalu berprasangka buruk terhadap orang lain, sedangkan sebagai umat Rasulullah SAW, kita sepatutnya saling melindungi dan memperbetulkan kesilapan masing-masing dengan penuh hemah dan adab. wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki untuk menentukan kebenarannya. - Surah al-Hujuraat, Ayat6. Dalam dunia hari ini yang penuh tohmah dan buruk sangka, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Kasih sayang bukan lagi sebahagian cara hidup yang memungkinkan keaiban dilindungi dan kesalahan diperbetulkan tanpa rasa benci. Kewujudan segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia menyebabkan umat Islam sering bermusuh-musuhan sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama pada mata bukan Islam. Ia juga menjadi sebab umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah dan silaturahim yang berasaskan takwa, malah merenggangkan persaudaraan. Sebagai individu Muslim yang menganut agama menganjurkan umatnya hidup dalam keadaan rukun dan damai, kita dilarang melakukan perkara yang boleh menjejaskan serta merosakkan hubungan baik sesama manusia. Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 12, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sikap dari sangkaan supaya kamu tidak dipengaruhi prasangka yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan yang disebut itu dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani”. Allah mengingatkan kita bahawa sebahagian prasangka itu adalah perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang. Ia juga menyebabkan timbul tuduhan lain yang tidak berasas kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan yang serupa dan ia menambahkan lagi prasangka buruk. Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan juga turut meluaskan penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dankebenaran. Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, kita hendaklah menjaga adab pertuturan, berbicara mengenai perkara yang benar atau berdiam diri, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Iman Al-Bukhari yang mafhumnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam.” Buruk sangka dengan hasrat mempengaruhi minda orang lain supaya membenci saudara seagama adalah perbuatan jahiliah yang diwarisi kerana tamak dunia dan terlalu cintakan isinya yang menjadi bahan bakar neraka. Banyak contoh boleh diteladani daripada kisah sahabat Rasulullah SAW dan juga sejarah yang pernah berlaku sehingga boleh menggadaikan negara dan agama akibat buruk sangka. Ia patut dijadikan iktibar kepada setiap umat Islam. Jika tidak kerana buruk sangka menjadi padah kepada umat Islam, mustahil Allah SWT memperincikan betapa pentingnya kita menyelidiki sebarang maklumat yang disampaikan oleh seseorang, bimbang sekiranya kita turut mempercayai dan menjadi penyampai kepada fitnah terhadap umat Muhammad SAW. Allah mengingatkan kita dalam al-Quran, surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki untuk menentukan kebenarannya”. Kerana buruk sangka menyebabkan terputusnya silaturahim, sebab itulah juga perpaduan umat Islam akan goyah, malah menjadi laba kepada pihak yang sentiasa menantikan saat kehancuran manusia yang dibimbing dengan perintah dan larangan Tuhan Yang Satu. Satu demi satu keistimewaan umat Islam yang tiada bandingannya diselongkar dan dibinasakan dengan janji syurga di dunia mengakibatkan janji Allah mengenai hari pembalasan di pandang sebelah mata. Perkataan dusta yang dibawa oleh orang yang fasik pula diangkat menjadi rujukan utama. Untuk menjauhkan diri daripada terus melakukan fitnah terhadap setiap umat Muhammad SAW, kita hendaklah membataskan prasangka buruk terhadap seseorang setakat di dalam hati saja, tanpa meluahkannya atau memberitahu kepada orang lain mengenai apa yang dirasa, apatah lagi meyakinkan orang lain supaya turut mempunyai perasaan yang serupa. Justeru, prasangka yang boleh mendatangkan dosa wajib dijauhi jika kita sayangkan kehidupan sesudah mati. Sebaliknya, tukarkan buruk sangka dengan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat yang bersaudara kerana itulah asas sebuah kehidupan berkeluarga. Kasih sayang bukan sekadar menyatukan hati dan jiwa tetapi juga mengukuhkan hubungan sesama manusia.

PENTINGNYA SOLAT BERJAMAAH

Sesungguhnya solat itu kedudukannya agung di dalam agama ini (Islam). Ia merupakan tiang penegak agama ini. Ia adalah amalan pertama sekali yang akan dihisab pada Hari Akhirat. Betapa penting dan tingginya kedudukan solat di dalam Islam, maka ia termasuk dalam wasiat Rasulullah s.a.w. pada ketika Baginda dalam kedaan sakaratul maut, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ solat, solat dan hamba-hamba yang kamu miliki ”. Semoga selawat yang paling utama dan salam yang paling sempurna sentiasa dilimpahkan kepada Baginda.
            Jika perkara itu diketahui maka tidak akan dijumpai di dalam Islam perkara yang dapat membawa kepada perbuatan keji dan dosa. Sesungguhnya perkara itu disebabkan oleh banyak sebab, yang terbesar adalah meninggalkan solat atau kurang memberikan perhatian di dalam menunaikannya.
 Allah s.w.t berfirman:

Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. (Surah Al-Ankabut: 45)
Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan kepada kita ubat untuk seluruh dosa dan perbuatan yang menyimpang. Dan berapa banyak perkara itu berlaku ditengah-tengah kehidupan kita, kecuali orang yang dirahmati Allah s.w.t. wahai insane yang merasa dirinya berdosa… dengarlah!!!
Baginda s.a.w. telah bersabda:
“Bagaimanakah pendapat kamu, seandainya ada sebuah sungai yang mengalir didepan pintu salah seorang dikalangan kamu, dia mandi padanya setiap hari lima kali, adakah masih ada kotoran padanya walau sedikit?” Mereka menjawab “Tidak, wahai Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Itulah perumpamaan solat lima waktu, Allah akan menghapuskan dosa dengannya”.  (H. R. Muslim)
Saya memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Rabb Pemilik Arasy yang mulia, semoga Allah berkenan memberikan hidayah dan kekuatan beramal kepada kita semua pada jalan-NYA yang lurus.

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM / MPP)
# Siapalah aku disisi-MU, muhasabah untuk diriku ini.