TADABBUR AL-QURAN MENAMBAHKAN KETAQWAAN

Apa yang menghairankan ialah terdapat segelintir
umat yang diberikan al-Quran tetapi semakin angkuh
dan fasiq. Akal yang dianugerahkan oleh ALLAH ke10
pada mereka tidak digunakan sebaik-baiknya. Sedangkan,
jika al-Quran diturunkan ke atas seluruh isi bumi
dan langit pasti semuanya akan hancur lebur kerana
tidak sanggup menerima bebanan syariat.

Seperti mana Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya:
“Sekiranya KAMI turunkan al-Quran ini ke atas sebuah
gunung, pasti engkau (Muhammad) akan melihat
gunung itu khusyuk dan terbelah hancur kerana
takut kepada ALLAH. (Ingatlah), semua perbanding an
ini KAMI kemukakan kepada umat manusia supaya
mereka memikirkannya.” – Surah al-Hasyr: 21.
Adakah manusia merasakan perkara itu mustahil berlaku?
Mengapa tidak! Bukankah terkandung di dalam
al-Quran pelbagai ayat ancaman, amaran, peringatan
keras, hukum-hakam yang wajib dilaksanakan, balasan
syurga atau neraka dan berbagai-bagai lagi penerangan.
Bukankah semua itu amat menggerunkan makhluk ALLAH
yang lain. Hanya diri yang dikuasai syaitan dan
tidak menggunakan akal sahaja memandang remeh
perkara ini. Kelak, mereka pasti menyesal dan merayurayu
di hadapan ALLAH.

ANTARA KELEBIHAN SOLAT

SESUNGGUHNYA SESEORANG YANG BERDIRI DAN SOLAT SERTA MEMUJI-MUJI ALLAH S.W.T DENGAN PUJIAN YANG SELAYAK BAGI-NYA, SERTA MENGOSONGKAN HATINYA BAGI ALLAH S.W.T KECUALI TATKALA DIA KELUAR DARIPADA DOSA-DOSANYA SEPERTI ANAK YANG BARU DILAHIRKAN. (RIWAYAT MUSLIM)....


Nabi s.a.w bersabda: Aku suka terhadap beberapa item dalam dunia kamu, iaitu wangian, wanita, (iaitu dalam meningkatkan martabatnya berbanding menjadi barang mainan dan dagangan pada zaman jahiliyah) dan dijadikan KETENANGAN DAN KENIKMATANKU DI DALAM SOLAT. (Riwayat Ahmad, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

AL-QURAN SUDAH DITINGGALKAN

Tidakkah kita sebagai umat Muhammad berasa sedih
setelah melihat umatnya yang ditinggalkan melebihi
1400 tahun telah kembali ke zaman jahiliah? Semuanya
gara-gara meninggalkan harta pusaka Nabi s.a.w yang
paling bermakna, iaitu al-Quran.
Sedangkan, sebelum meninggalkan umatnya baginda
berpesan agar tidak meninggalkan al-Quran dan berpegang
teguh padanya. Hari ini, ayat-ayat al-Quran hanya
dijadikan hiasan pada dinding masjid, rumah dan lainlain
lagi.
Hakikatnya, al-Quran diturunkan bukan untuk digantung
sebagai perhiasan, bukan untuk dijadikan hadiah
hantaran perkahwinan dan bukan juga untuk dijadikan
tangkal sebagai ‘penghalau’ hantu atau syaitan. Tetapi,
al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami dan diamalkan
hukum-hakamnya. Hal ini bertepatan dengan
firman ALLAH S.W.T: Maksudnya:
“Rasul berkata: Wahai TUHANku! Sesungguhnya
kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan
yang ditinggalkan, tidak dipakai.” – Surah al-Furqan: 30.
Kecelakaan besar bakal ditempuhi oleh golongan yang
membelakangi dan meninggalkan al-Quran di dunia dan
akhirat. Golongan ini bukan sahaja tidak beramal de ngan
al-Quran, malah langsung tidak pernah menyentuh dan
membukanya.
Menurut Jabir r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya:
“Al-Quran adalah pemberi syafaat yang amat berguna
dan ia pasti membelanya kelak. Sesiapa meletakkan dia
di hadapannya (sebagai penyuluh jalan) ia akan memimpinnya
ke syurga. Manakala sesiapa yang membelakangi
al-Quran, ia pasti memimpinnya ke neraka.”
– Hadis sahih riwayat al-Baihaqi, al-Tobrani dan selainnya.

AL-QURAN MAMPU MENGGETARKAN JIWA

Al-Quran bukan sekadar kitab suci buat umat Islam
malah panduan buat kaum yahudi dan kristian.
Paling utama, al-Quran mampu menaikkan bulu roma
sesiapa yang membacanya secara tadabur. Tidak pernahkah
kita mendengar golongan kuffar yang mengkaji
al-Quran akhirnya kembali juga kepada agama
fitrah, iaitu Islam.
Hal ini tidak dapat disangkal kerana ALLAH sendiri
menegaskannya. Sesiapa sahaja yang beriman dengan
apa yang dinyatakan dalam al-Quran sama ada
muslim atau kafir, pasti hatinya tergerak untuk kembali
mendekatkan diri kepada ALLAH. Sebab itulah go longan
kuffar berusaha keras menghalang anak-anak mereka
dari membaca dan menghayati al-Quran.
Jika begitulah keadaan orang kafir yang membaca dan
mengkaji al-Quran apatah lagi jika dibaca dan dihayati
oleh orang Islam.
Firman ALLAH S.W.T:  Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama
ALLAH (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA,
maka bertambahlah iman mereka dan kepada TUHAN
mereka jualah mereka berserah.” – Surah al-Anfal: 2.

JAGALAH NIKMAT KESIHATAN

1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.
2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.
3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.
4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.
5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.
10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.
11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.
12. Mengabaikan Meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!

TAUBAT PENYUCI JIWA

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’ : Ayat 17)
Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dengan ini, barulah Muslim mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang bertakwa.
Walaubagaimanapun, dalam kehidupan manusia yang sentiasa berdepan pergolakan dan pancaroba menguji keimanan, kadang-kadang ada manusia yang tersungkur dan rebah akibat tergoda ajakan hawa nafsu bergelora.
Atau terjebak dalam kancah maksiat yang memperdayakan pandangan mata hati, akhirnya terpalit noda hitam dalam lubuk jiwanya. Natijahnya, dia terbelenggu dalam kegelapan, meraba-raba mencari sinar Ilahi menerangi hatinya yang tercalit karat dosa.
Justeru, Islam mensyariatkan amalan taubat supaya insan dapat membersihkan diri daripada dosa membayangi dirinya.
Imam al-Raghib al-Ashfahani menerangkan: “Dalam istilah syarak, taubat ialah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang pernah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulangi dan berusaha melakukan apa yang ditinggalkan dulu. Jika keempat-empat perkara itu sudah dipenuhi, bermakna syarat taubatnya sudah pun sempurna.”
Justeru, dapat difahami taubat mempunyai peranan untuk membersihkan diri daripada dosa. Oleh sebab itulah, ahli tasauf menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk menjejaki makrifatullah.
Dengan taubat, manusia dapat memperbaharui janjinya dengan Allah untuk menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat yang merugikan, seterusnya mempertingkatkan keazaman beristiqamah serta beriltizam melaksanakan segala bentuk ketaatan penuh keikhlasan hanya kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis Riwayat Darimi)
Allah berfirman dalam Surah Al-Tahrim, ayat 8 yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”
Perlu diinsafi, taubat tidak memadai hanya sekadar manis di bibir dengan melafazkan ucapan saja, selepas itu mengulangi semula perbuatan dosanya buat kesekian kalinya. Taubat yang sebenar menuntut seseorang melakukan lebih daripada itu.
Lanjutan itu, betapa perlunya kehidupan Muslim dihiasi amalan muhasabah dan menilai diri supaya dengan amalan itu dia dapat mengambil langkah berwaspada dalam menelusuri titian hidup. Kemudian, disusuli pula dengan amalan soleh yang bakal memperkuatkan ketahanan diri dan menggilap kemantapan jiwa menepis segala bentuk dugaan dan godaan mendatang.
Apabila ditinjau sirah Rasulullah SAW, Baginda adalah contoh teladan terbaik menjadi ikutan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud di tengah malam padahal Baginda sudah diampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang.
Lantas Baginda menjelaskan kepada isterinya tercinta, Saidatina Aisyah: “Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).