العلوم الحد يث


                                                                                                                                          مقد مه 
                                                                                                                 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا                                                                                                                        
هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله
.
{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ}

{يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} 

{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا} 

أما بعد،
فإن أصدق الحديث كتاب الله، وأحسن الهدي هدي محمد - صلى الله عليه وسلم -، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثةٍ بدعةٍ، وكل بدعةٍ ضلالةٍ، وكل ضلالةٍ في النار، وبعد.
الحمد لله، وذلك بفضل سبحانه وتعالى لإتاحة الفرصة لي لمواصلة العمل من الدورات المدرس المعين.
كطالب، وبطبيعة الحال أمضى بعض الوقت في حضور المحاضرات، وتحديد المهام، مشغول في بعض الأحيان مع أنشطة الكلية.
ومع ذلك، دون جهد كبير، من دون إبداع الطالب، وبطبيعة الحال، لا يمكن أن تكتمل هذه المهمة بشكل صحيح.
لذلك، وأنا كطالب يريد النجاح في محاولة لإكمال المهمة. إن شاء الله.
هكذا، بكل احترام لك.

  الحديث علم  (۱
      نوفل اقالرز عبد 
 ۳۳۷ ص
قهيرة-دار شروق ۱۹۹۰ م

علم الحديث النبوى رواية ونقدا ٢)
كمال الحدين عيد الغني المرسي
۱۹۰ ص
اسكندارية – دار المعرفة الجامية ۲۰۰٤  

علم الحديث   ٣)
ابي العباس أحمد بن تيميه ( ابن تيمية )
٥٣۲ ص
بيروت – عالم الكتوب ۱۹۸۵
الحديث وعلوم القرءان ٤)
حسن أيوب
۲۵۳ ص
بيروت – دار السلام ۲۰۰۲

كتاب الكفاية في علم الرواية   ٥)
الخاطيب البغدادي
٤۵۱ ص
بيروت – دار الكتب العلمية

معجم علوم الحديث النبوي   ٦)
عبد  الرحمن بن ابراهيم الخميسي
۲۸٤ ص
دار ابن خرم ۱۹۷٤

كتاب الجرح و التعديل ٧)
الامام الحافيط  شيخ الاسلام الرازي 
المجلد التاسع
دار الفكر ۱۹۵۳ م /۱۳۷۳ ه


معرفة السنن والآثار   ٨)
الامام شيخ ابي بكر احمد بن الحسين بن علي البيهقي
المجلد السايع
دار الكتب العلمية ۲۰۰۱ م

ميزان الاعتدال في نقد الرجال ۹)
الحافظ شمس الدين محمد بن أحمد الذهبي
الجلد السابع
دار الكتب العلمية  ۱۹۹۵ م / ۱٤۱٦ ه

الاستيعاب في معرفة الاصحاب       .۱)
ابي عمر يوسف بن عبدالله بن محمد بن عبدالبر
الجلد الرابع

تحرير علوم الحديث     ۱۱)
عبدالله بن يوسف الجريع
الجلد
مؤسسسة الريان ۲۰۰٤م/ ۱٤۲۵ه



أصح الأسائيد ۱٢)
الدكتور رحاب رفعت فوزي عبد المطلب
الجلد الثاني
دار ابن حزم ۲۰۰۹م/۱٤۳۰ه

الشدرة في الاحاديث المثترة     ۱٣)
العلامه محمد بن طولون الصالحي
۹۲۷ ص
دار الكتب العلمية  ۱۹۹۳م/ ۱٤۱۳ ه

ADAB-ADAB ZIARAH KUBUR


Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah:
Beberapa Semakan Teliti Ke Atas Satu Penjelasan (Yang Didakwa) Rapi.
oleh
Hafiz Firdaus Abdullah

Adab-Adab Ziarah Kubur
  
Islam sebagai agama yang syumul tidak meninggalkan sesuatu amalan atau perkara melainkan ia membimbing kita kepada apa yang bermanfaat dan menjauhkan kita dari apa yang memudaratkan. Antaranya ialah amalan ziarah kubur di mana Islam telah memberikan sejumlah adab yang perlu kita perhatikan, iaitu:

[1] Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.
Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ، أَلآ فَزُوْرُوْهَا، فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ،

وَتُذَكِّرُ اْلآخِرَةَ، وَلاَ تَقُوْلُوْا هُجْرًا.

Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.[1]

Oleh kerana itulah kita turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhmenerangkan:

زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ.

فَقَالَ: اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا

فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian.”[2]

Berdasarkan hadis di atas dapat kita pelajari bahawa:
1. Dibolehkan ziarah kubur orang bukan Islam.
2. Dilarang berdoa kepada ahli kubur orang bukan Islam.
3. Tujuan ziarah ialah mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.
Jika seseorang itu ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.


[2] Tidak Melakukan Perjalanan Jauh Untuk Ziarah.
Oleh kerana tujuan ziarah kubur ialah memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah, Islam melarang kita daripada melakukan perjalanan jauh semata-mata untuk ziarah kubur. Ini kerana mana-mana kubur berhampiran dengan tempat bermastautin seseorang sudah cukup untuk dijadikan sebagai amalan ziarah.
Dalam konteks yang lebih luas, Islam melarang kita dari melakukan perjalanan jauh untuk tujuan ibadat melainkan perjalanan ke tiga lokasi: Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid al-Aqsa di Palestin. Apa-apa perjalanan jauh selain ke tiga lokasi mulia tersebut adalah dilarang, termasuklah perjalanan ke kawasan perkuburan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسْجِدِ الأَقْصَى.

Tidak boleh bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid, iaitu al-Masjid al-Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin).[3]

Berdasarkan hadis ini, tidak boleh mengadakan satu perjalanan yang khusus atas tujuan ibadat kecuali ke tiga masjid di atas. Ibadat yang dimaksudkan ialah apa yang lazim dilakukan dalam masjid dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (taqarrub) seperti solat, iktikaf, doa, zikir dan membaca al-Qur’an.
Ada pun perjalanan selain itu, seperti dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga, ziarah ahli keluarga, mengambil iktibar dari kesan kemusnahan umat yang lalu dan melancong mengecapi keindahan alam ciptaan Allah, ia tidak termasuk dalam perbincangan hadis. Dalilnya adalah amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat pada zaman baginda, mereka lazim melakukan perjalanan kerana dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga dan menziarahi ahli keluarga. Ada pun perjalanan demi ibadat, mereka tidak melakukannya melainkan ke tiga masjid yang utama di atas.
Hikmah terbesar larangan di atas ialah untuk menutup sebarang pintu-pintu kesyirikan yang mungkin berlaku di kalangan umat Islam, seandainya di antara mereka ada yang menyakini sesuatu lokasi umpama perkuburan, masjid dan lain-lain memiliki keberkatan lalu melakukan perjalanan semata-mata ke sana untuk beribadat.


[3] Tidak Melakukan Perayaan Di Perkuburan.
Perayaan adalah satu sambutan di mana orang-orang berhimpun pada tarikh tertentu dan kadangkala ia diulang-ulang pada kekerapan tertentu, umpama setiap tahun. Islam melarang kita dari menjadikan perkuburan atau amalan ziarah kubur sebagai satu perayaan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا وَلاَ تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ.

Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana jua kalian berada.[4]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling mulia sepanjang zaman. Nah! Jika kita dilarang menjadikan kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai tempat perayaan, sudah tentu kubur-kubur lain turut dilarang untuk dijadikan tempat perayaan.
Merujuk kepada hadis di atas, saya menjemput para pembaca yang dirahmati Allah sekalian untuk merenung semula amalan ziarah kubur pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Sedar atau tidak, ia sebenarnya adalah satu perayaan di mana kaum keluarga berhimpun pada pagi 1 Syawal setiap tahun di perkuburan kaum keluarga yang tersayang. Perayaan seperti ini dilarang oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Hadis di atas memiliki beberapa pengajaran lain yang tidak kurang penting:

1. Dianjurkan membuat sambutan perayaan di dalam rumah dengan kekerapan tertentu di mana kaum keluarga berhimpun untuk saling bertanya khabar dan mengeratkan silraturahim. Tarikh ini tidak terhad kepada 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri) dan 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha) tetapi boleh diperluaskan kepada tarikh-tarikh lain yang dianggap sesuai bagi semua kaum keluarga.
2. Boleh berselawat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana jua kita berada kerana ia akan tetap sampai kepada baginda. Amalan “kirim salam kepada Rasulullah” yang dititip kepada para jama’ah haji dan umrah adalah amalan bagi orang yang tidak memiliki ilmu dalam agama.


[4] Mengucapkan Salam.
Apabila memasuki kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah salam kepada mereka. Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar beberapa ucapan, salah satu darinya ialah:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ

وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.

Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.[5]


[5] Tidak Mengucapkan Perkataan Yang Keji Dan Batil.
Ini sebagaimana penghujung hadis yang telah dikemukakan sebelum ini:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ، أَلآ فَزُوْرُوْهَا، فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ،

وَتُذَكِّرُ اْلآخِرَةَ، وَلاَ تَقُوْلُوْا هُجْرًا.

Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.[6]

Perkataan keji dan batil terdiri dari tiga jenis:
1. Berbicara urusan dunia seperti naik turun harga saham, kenaikan harga barang runcit dan petrol, urusan pejabat, urusan keluarga dan lain-lain. Semua perbicaraan ini akan menjauhkan penziarah dari tujuan ziarah, iaitu “…melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat.” Perkataan seumpama ini menzalimi diri penziarah itu sendiri.
2. Mencela, mengkritik dan menyebut aib jenazah yang dikebumikan di perkuburan itu. Perkataan seumpama ini menzalimi jenazah dan dosa kesalahan akan kembali kepada penziarah itu sendiri. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

لاَ تَسُبُّوا الأَمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا.

Jangan mencela orang-orang yang sudah meninggal dunia kerana mereka sudah sampai kepada apa yang mereka lakukan.[7]

3. Berdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan perlindungan dengan harapan jenazah dapat memakbulkan doanya atau jenazah memberi pengaruh kepada Allah agar Allah memakbulkan doanya. Ini menzalimi Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana doa adalah hak Allah, kepada Allah jua kita memanjatkan doa dan kepada Allah jua kita mengharapkan ia dikabulkan.


[6] Tidak Memakai Kasut Atau Selipar.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat seorang lelaki yang berjalan di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda menegurnya:

"يَا صَاحِبَ السِّبْتِيَّتَيْنِ وَيْحَكَ أَلْقِ سِبْتِيَّتَيْكَ."

فَنَظَرَ الرَّجُلُ فَلَمَّا عَرَفَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلَعَهُمَا فَرَمَى بِهِمَا.

“Wahai pemilik kasut al-Sibtiyyah! Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau itu.”
Maka lelaki itu menoleh lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan melemparnya.[8]

Oleh itu apabila berjalan di antara kubur atau di celah-celah kubur, tanggalkanlah kasut atau selipar. Jika kawasan perkuburan itu tidak sesuai untuk berjalan tanpa alas kaki, maka memadai berdiri di tepi kawasan kubur. Ini kerana manfaat ziarah kubur dapat diperolehi oleh penziarah dengan berdiri di tepi perkuburan, tidak semestinya di tengah-tengah perkuburan.


[7] Tidak Solat Di Kubur.
Sebagaimana perbincangan dalam catatan yang lepas, kita dilarang dari mendirikan solat di kubur kecuali solat jenazah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاَتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا.

Laksanakanlah dalam rumah kalian sebahagian dari solat-solat kalian dan jangan kalian jadikannya kuburan.[9]

Kita juga dilarang dari solat menghadap kubur:

لاَ تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ وَلاَ تُصَلُّوا إِلَيْهَا.

Jangan duduk di atas kubur dan jangan solat kepadanya.[10]

Pengecualian diberikan kepada solat di dalam Masjid al-Nabawi di Madinah kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pembesaran masjid telah menyebabkan kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terletak di dalam masjid. Ini menyebabkan sebahagian jamaah terpaksa solat dengan menghadap kepada kubur baginda. Suasana ini dimaafkan dengan syarat orang itu tidak sengaja memilih tempat di belakang kubur baginda untuk solat dan hati serta fikirannya tidak tertuju kepada kubur baginda ketika solat.


[8] Tidak Membaca al-Qur’an Di Kubur.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ.

Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.[11]

Hadis ini mencakupi dua maksud:
1. Rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an umpama perkuburan, maka bacalah al-Qur’an di dalam rumah khasnya surah al-Baqarah.
2. Perkuburan bukan tempat membaca al-Qur’an, kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammenjadikan perkuburan sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an di dalamnya.
Selain itu telah diterangkan sebelum ini jika seseorang ingin menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada sesiapa yang sudah meninggal dunia, dia boleh melakukannya di mana jua. Dia tidak perlu duduk di sebelah jenazah di perkuburannya.


[9] Tidak Melakukan Penyembelihan Di Kubur.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ عَقْرَ فِي الإِسْلاَمِ. قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ: كَانُوا يَعْقِرُونَ عِنْدَ الْقَبْرِ بَقَرَةً أَوْ شَاةً.

“Tidak ada penyembelihan untuk dipersembahkan di dalam Islam.” Berkata ‘Abd al-Razzaq (pengarang kitab hadis al-Musannaf): “Dahulu mereka (orang jahiliyah) menyembelih lembu dan atau kambing di sisi perkuburan untuk dipersembahkan (kepada ahli kubur).”[12]

Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani hafizahullah menerangkan:
Apabila penyembelihan dilakukan di perkuburan sebagai amalan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah maka ia adalah bid’ah. Namun jika penyembelihan dilakukan untuk ahli kubur, maka ia adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari Islam.[13]


[10] Tidak Memijak Kubur.
Jabir radhiallahu ‘anh menerangkan:

نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُجَصَّصَ الْقُبُورُ وَأَنْ يُكْتَبَ عَلَيْهَا

وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهَا وَأَنْ تُوطَأَ.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang dari mengkapur kubur, menulis di atasnya, membuat binaan di atasnya dan memijaknya.[14]

Terdapat empat larangan dalam hadis ini:
1. Dilarang mengkapur kubur, yakni mensimenkannya atau membuat binaan konkrit, jubin, marmar dan sebagainya. Kapur ialah teknologi binaan zaman Rasulullah sebagaimana simen pada zaman kini.
2. Dilarang menulis di atasnya, umpama menulis nama dan doa-doa di batu nisan atau menulis ayat-ayat al-Qur’an di binaan sekeliling kubur. Namun boleh membuat tanda untuk mengenali kubur umpama susunan batu berdasarkan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang meletak batu di sebelah kubur ‘Utsman bin Mazh’un radhiallahu ‘anh dengan sebab:

أَتَعَلَّمُ بِهَا قَبْرَ أَخِي وَأَدْفِنُ إِلَيْهِ مَنْ مَاتَ مِنْ أَهْلِي.

Aku memberi tanda dengan batu ini untuk kubur saudaraku dan di sinilah akan dikebumikan sesiapa yang meninggal dunia dari kalangan ahli keluargaku.[15]

3. Dilarang membuat binaan di atas kubur umpama masjid, kubah, tembok dan sebagainya. Jika dibimbangi kubur akan rosak disebabkan kesan alam (hujan lebat, angin kuat, peralihan tanah), boleh membuat binaan yang tingginya tidak lebih sejengkal sekadar untuk memelihara keutuhan kubur.
4. Di larang memijak di atas kubur. Boleh berjalan di antara dan di sekitar kubur namun jangan di atas kubur.


[11] Tidak Bersandar Kepada Kubur.
 ‘Amr bin Hazm al-Anshari radhiallahu ‘anh menceritakan:

رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا عَلَى قَبْرٍ فَقَالَ: لاَ تُؤْذِ صَاحِبَ هَذَا الْقَبْرِ.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat aku bersandar kepada sebuah kubur lalu baginda berkata: “Jangan menyakiti ahli kubur ini”[16]


[12] Tidak Duduk Di Atas Kubur.
Dilarang duduk di atas kubur berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ

مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ.

Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.[17]

Larangan di atas ditujukan kepada orang yang duduk tepat di atas kubur. Dibolehkan duduk di tepi kubur sebagaimana hadis berikut daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, dia berkata:

شَهِدْنَا بِنْتًا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. قَالَ:

وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ عَلَى الْقَبْرِ قَالَ: فَرَأَيْتُ عَيْنَيْهِ تَدْمَعَانِ.

Kami menyaksikan kematian puteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (yakni Umm Kaltsum radhiallahu ‘anha). (Anas menyambung): “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di atas kubur, maka aku melihat kedua-dua matanya menitiskan air mata.”[18]

Maksud duduk di atas kubur dalam hadis di atas ialah duduk di tepinya ketika proses perkebumian.[19] Dalam sebuah riwayat lain ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh menerangkan para sahabat dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di perkuburan Baqi’ al-Gharqad, lalu baginda memberitazkirah kepada mereka semua.[20]


[13] Tidak Membuang Hajat Di Perkuburan.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

لأَنْ أَمْشِيَ عَلَى جَمْرَةٍ أَوْ سَيْفٍ أَوْ أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ

وَمَا أُبَالِي أَوَسْطَ الْقُبُورِ قَضَيْتُ حَاجَتِي أَوْ وَسْطَ السُّوقِ.

Sungguh, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).[21]

Sebahagian ulama’ rahimahumullah, sebagaimana nukil pengarang MSBSPR 152-156, berpendapat larangan duduk di atas kubur bererti larangan membuang hajat di atas kubur. Ertinya boleh duduk di atas kubur tetapi jangan kencing atau berak di atas kubur.
Pendapat yang lebih tepat ialah, kedua-duanya dilarang. Kita dilarang duduk di atas kubur berdasarkan hadis:

لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ

مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ.

Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.[22]

Kita dilarang kencing atau berak di atas kubur berdasarkan hadis:

لأَنْ أَمْشِيَ عَلَى جَمْرَةٍ أَوْ سَيْفٍ أَوْ أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ

وَمَا أُبَالِي أَوَسْطَ الْقُبُورِ قَضَيْتُ حَاجَتِي أَوْ وَسْطَ السُّوقِ.

Sungguh, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).[23]

Orang yang duduk tidak semestinya sedang membuang hajat sementara orang yang membuang hajat tidak semestinya dalam keadaan duduk. Sekalipun bukan adab Islam, manusia boleh membuang hajat dalam keadaan berdiri dan ini dilarang oleh Islam di kawasan perkuburan.
Adapun riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh pengarang MSBSPR sebagai hujah para sahabat pernah duduk di atas kubur, maka seandainya ia sahih, ia bererti duduk di tepi kubur atau di persekitaran kawasan kubur sebagaimana yang telah dijelaskan dalam adab no: 12 di atas.



________________________________________
[1] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadraknya, hadis no: 1342MS (Kitab al-Janaiz, Bab dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur…). Sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz (Maktabah Syamilah v2), ms. 180.
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 976 (Kitab al-Janaiz, Bab permohonan izin Nabi kepada Tuhan untuk ziarah kubur ibunya).
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1189 (Kitab Fadhli al-Sholah fi Makkah wa al-Madinah, Bab keutamaan solat di masjid Mekah dan Madinah).
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 2042 (Kitab al-Manasik, Bab ziarah kubur).
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 975 (Kitab al-Janaiz, Bab apa yang dikatakan ketika memasuki kawasan perkuburan…)
[6] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadraknya, hadis no: 1342MS (Kitab al-Janaiz, Bab dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur…). Sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz, ms. 180.
[7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1393 (Kitab al-Janaiz, Bab larangan dari mencela orang yang sudah meninggal dunia).
[8] Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3230 (Kitab al-Janaiz, Bab berjalan dengan memakai kasut di antara kubur).  Kasut al-Sibtiyyah ialah kasut yang diperbuat dari kulit yang telah disamak.
[9] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 432 (Kitab al-Solat, Bab dibenci solat di perkuburan).
[10] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 972 (Kitab al-Janaiz, Bab larangan duduk di atas kubur…).
[11] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1179 (Kitab Solat al-Musafirin…, Bab Disukai solat sunat di rumah…).
[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3222 (Kitab al-Janaiz, Bab dibenci menyembelih di sisi perkuburan).
[13] Sholat al-Mu’min: Mafhum wa Fadhail wa Adab wa Anwa’ wa Ahkam wa Kaifiyah fi Dhaui’ al-Kitab wa al-Sunnah (edisi terjemahan oleh Ahmad Yunus & Fatkhurrahman atas judul Ensiklopedi Shalat Menurut al-Qu’ran wa al-Sunnah; Pustaka Imam asy-Syafi’i, Bogor, 2007), jld. 3, ms. 511 dengan beberapa suntingan bahasa dan penjelasan tambahan dalam kurungan.
[14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1052 (Kitab al-Janaiz ‘an Rasulullah, Bab dibenci mengapur kubur dan menulis di atasnya)
[15] Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3206 (Kitab al-Janaiz, Bab menghimpun orang-orang yang meninggal dunia di satu kawasan perkuburan…).
[16] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 20931MS (Musnad al-Anshar, Musnad ‘Amr bin Hazm). Bagi edisi bercetak terbitan Muasasah al-Risalah, Beirut, 2001; jld. 39, ms. 475.
[17] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 971 (Kitab al-Janaiz, Bab larangan duduk di atas kubur…).
[18] Sahih: Sebahagian dari hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1285 (Kitab al-Janaiz, Bab sabda Nabishallallahu 'alaihi wasallam “Mayat diazab kerana sebahagian tangisan ahli keluarganya…).
[19] Fath al-Bari, jld. 3, ms. 506.
[20] Sahih: Kesimpulan dari hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1362 (Kitab al-Janaiz, Bab nasihat ahli hadis di sisi kubur dan duduknya para sahabatnya di sekelilingnya).
[21] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 1273 (Kitab al-Janaiz, Bab berkenaan dilarang berjalan di atas kubur dan duduk di atasnya).
[22] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 971 (Kitab al-Janaiz, Bab larangan duduk di atas kubur…).
[23] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 1283 (Kitab al-Janaiz, Bab berkenaan dilarang berjalan di atas kubur dan duduk di atasnya).





ADAKAH SAMA ORANG BERILMU DENGAN ORANG TAK BERILMU…???


ADAKAH SAMA ORANG BERILMU DENGAN ORANG TAK BERILMU…???
 "(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna. (Surah Az-Zumar: 9)

KELEBIHAN ORANG YG BERILMU
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. (Surah Al-Mujadalah: 11)

AL IBANAH: KUPAS TUNTAS PENYIMPANGAN AQIDAH AL ASY'ARIYAH


Al Ibanah: Kupas Tuntas Penyimpangan Aqidah Al Asy'ariyah
Ditulis Oleh: Imam Abul Hasan Al Asy'ari - rahimahulloh-

Mayoritas kaum muslimin yang berada di berbagai belahan negeri Islam menisbatkan aqidah mereka kepada Abul Hasan Al-Asy'ary. Namun sangat disayangkan, mereka tidak mengenal sedikitpun tentang Abul Hasan dan juga tidak mengetahui aqidah terakhir yang beliau yakini yang menjadikan diri beliau termasuk dalam deretan imam-imam yang menjadi panutan. Kami ingin menerangkan kepada mereka hakikat sebenarnya tentang imam yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang-orang yang menisbatkan diri mereka kepada beliau dan berpegang dengan aqidah beliau berdasarkan literatur muktabar yang telah diteliti.

Siapa Abul Hasan Al-Asy'ary?

Beliau adalah Ali bin Ismail bin Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Abi Burdah bin Abu Musa Al-Asy'ary -rahimahulloh-
Lahir pada tahun 260 H. Identitas ini disebutkan oleh :
Abul Qasim Ali bin Hasan bin Hibatullah bin 'Asaakir Ad-Dimasyqy [imam ibnu asaakir asy syafii]  dalam kitabnya Tabyiinul Kidzbil Muftari Fima Nusiba Ila Abil  Hasan Al-Asy'ary,
 Khathib Al-Baghdady dalam kitab Tarikh Baghdaady, Ibnu Khalkan dalam Wafayaatul A'ay an, Adz-Dzahaby dalam Tarikh Islam, Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wan Nihayah dan Thabaqaatul Asy-Syaafi'iyah, Taajuddin As-Subki dalam ThabaqaatulAsy-Syaafl'iyah Kubra,
 Ibnu Farhun Al-Maaky dalam Dibadzul Madzhab Fi Al-A'yaanil AhliI Madzhab, Murtadha Az-Zubaidy dalam Itthaafus Saadatul Mutqin bt Syarh Asrar Ihya 'Ulumuddtn,
Ibnul Ammar Al-Hanbali dalam Syadzraat Adz-Dzahab fi Al-A'yaani min Dzahab dan lain-lain.
Imam Abul Hasan Al-Asy'ary datang ke kota Baghdad dan mengambil hadits dari Al-Hafizh Zakariya bin Yahya As-Saajy [Salah seorang murid Imam Ahmad bin Hanbal] salah seorang imam hadits dan fiqh, dari Abi Khalifah Al-Jumahi, Sahl bin Sarh, Muhammad bin Ya'qub al-Muqry dan Abdurrahman bin Khalaf Al-Bashry. Beliau banyak meriwayatkan dari mereka dalam kitab tafsir beliau berjudul Al-Mukhtazin. Beliau juga mengambil ilmu kalam dari gurunya yaitu suami ibunya yang bernama Abi Ali Al-Jubba'i, salah seorang tokoh Mu'tazilah.

     Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit yang dikenal dengan sebutan Al-Khathib Al-Baghdady wafat tahun 463 H dalam tarikhnya yang terkenal, tarikh al Baghdadi  juz 10 halaman 346 berkata, "Abul Hasan Al-Asy'ary adalah pemilik berbagai kitab yang membantah kaum mulhid dan lain-lainnya dari kalangan Mu'tazilah, Rafidhah, Jahmiyah, Khawarij dan berbagai kelompok bid'ah lainnya.".
Kemudian beliau mengatakan, "Pada waktu itu kaum Mu'tazilah sedang berjaya hingga Alloh Subhanahu WA Ta'ala memunculkan Abul Hasan Al-Asy'ary yang akhirnya menghujat mereka hingga tak berkutik."
Ibnu Farhun berkata dalam kitab Ad-Dibaj, "Abu Muhammad bin Abi Zaid Al-Qiruwany dan imam-imam lainnya memberi pujian terhadap Abul Hasan Al-Asy'ary."
    Ibnul 'Imad Al-Hanbali berkata dalam kitab Asy-Syadzaraat (II/303), "Di antara perkara yang membuat Ahli Sunnah semakin kuat dan membuat hina panji-panji kaum Mu'tazilah dan Jahmiyah serta menjelaskan kebenaran yang sudah nyata dan membuat dada ahli iman dan ahli ma'rifah sejuk adalah perdebatan Abul Hasan Al-Asy'ary dengan gurunya, Al-Jubbaa'i, yang hasilnya mematahkan kekuatan semua pelaku bid'ah dan tukang debat.

Perdebatan ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Khalkan, "Abul Hasan Al-Asy'ary mengajukan tiga pertanyaan kepada ustadznya, Abu Ali Al-Jubbaa'i tentang tiga orang bersaudara. Yang pertama seorang mukmin, baik dan bertaqwa, yang kedua kafir, fasiq dan jahat dan yang ketiga masih kecil. Kemudian ketiga-tiganya mati, bagaimana keadaan mereka nanti?" Al-Jubba'i menjawab, "Adapun yang mukmin maka ia berada di tempat yang tinggi (surga), sedang yang kedua berada di tempat yang paling rendah (neraka) dan yang masih kecil termasuk orang-orang yang selamat (dari neraka)." Abul Hasan Al-Asy'ary bertanya lagi, 'Jika si kecil ingin ke tempat saudara yang mukmin tadi, apakah ia akan diberi izin?" Al-Jubba'i menjawab, "Tidak boleh! Karena akan dikatakan kepadanya bahwa saudaramu dapat mencapai derajat ini karena ia banyak beramal, sementara kamu tidak mempunyai amal ketaatan." Abul Hasan Al-Asy'ary berkata, "Jika si kecil menjawab, "Kesalahan ini tidak terletak padaku, karena Allah tidak membiarkan usiaku panjang dan tidak mentakdirkan kepadaku untuk melaksanakan ketaatan.

" Al-Jubba'i berkata, "Alloh Subhanahu Wa Ta'ala akan berkata, "Aku mengetahui, jika Aku biarkan usiamu panjang, kamu akan menjadi orang yang durhaka dan berarti kamu berhak mendapat azab yang pedih. Maka hal itu Aku lakukan demi kemaslahatanmu." Abul Hasan Al-Asy'ary berkata, "Jika saudaranya yang kedua berkata, "Wahai Ilaah semesta alam, sebagaimana Engkau mengetahui keadaannya tentunya Engkau juga sudah mengetahui keadaanku, lantas mengapa Engkau tidak memperhatikan kemaslahatanku?" Mendengar hal itu Al-Jubbaa'i pun terdiam." Ibnul Imaad berkata, "Perdebatan ini menunjukkan bahwa Alloh Subhanahu Wa Ta'ala memberikan rahmat-Nya kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan menimpakan azab atas siapa saja yang Dia kehendaki."

     Taajuddin As-Subki dalam Thabaqaat Asy-Syaafi'iyah, ia berkata, "Abul Hasan Al-Asy'ary seorang ulama besar Ahli Sunnah setelah Imam Ahmad bin Hanbal dan tidak diragukan lagi bahwa aqidah beliau sama dengan aqidah Ahmad bin Hanbal. Hal ini dengan jelas beliau sebutkan berkali-kali dalam buku-buku beliau, "Aqidahku seperti aqidah Al-Imam Ahmad bin Hanbal." Demikianlah ucapan Syaikh Abul Hasan Al-Asy'ary di berbagai tempat dalam bukunya. Ulama-ulama hadits sepakat bahwa Abul Hasan Al-Asy'ary adalah salah seorang imam ahli hadits dan madzhab beliau juga madzhab ahli hadits. Beliau berbicara tentang ushuluddin menurut metode ahlu Sunnah, membantah kelompok sesat dan bid'ah. Beliau menghunuskan pedangnya terhadap kaum Mu'tazilah, Rafidhah dan para mubtadi' dari kalangan kaum muslimin dan juga terhadap orang-orang kafir.

 Barangsiapa mencela atau mencerca beliau berarti ia telah mencela seluruh ahli sunnah. Karena Abul Hasan Al-Asy'ary bukanlah orang pertama yang berbicara atas Nama ahli Sunnah tetapi sebelum beliau banyak para pembela madzhab yang haq ini. Beliau memperkuat hujjah dan penjelasan. Beliau bukan orang yang telah membuat metode baru atau madzhab khusus dan tidak berada di luar madzhab yang telah dipaparkan dan dijelaskan oleh para imam selain beliau. Abu Bakar Ibnu Faurak berkata, "Abul Hasan Al-Asy'ary meninggalkan madzhab Mu'tazilah dan berpegang pada madzhab ahlu sunnah pada tahun 300 H. Di antara ulama-ulama yang mengatakan bahwa Abul Hasan Al-Asy'ary bertaubat dari madzhab Mu'tazilah adalah Abul Abbas Syamsuddin Ahmad bin Muhammad bin Abi bakar bin Khalkan Asy-Syaafi'i [wafat pada tahun 681 H]. Beliau berkata dalam bukunya berjudul Wafayaaatul A'yaan (11/446), "Abul Hasan Al-Asy'ary dahulu adalah seorang penganut paham Mu'tazilah kcmudian bertaubat dari madzhab tersebut."

'Imaduddin Abul Fida' Ismail bin Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasqy Asy-Syaafi'i [wafat pada tahun 774 H] mengatakan dalam kitabnya berjudul Al-Bidaayah wan Nihaayah (Xl/187), "Abul Hasan Al-Asy'ary dahulu adalah pengikut paham Mu'tazilah kemudian beliau bertaubat dari madzhab tersebut di Kota Bashrah di atas mimbar lalu beliau membeberkan kekeliruan dan borok-borok Mu'tazilah."
Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Utsman Ad-Dimasyqy Asy-Syaafi'i yang dikenal dengan sebutan Adz-Dzahaby [wafat pada tahun 748 H] berkata dalam kitabnya yang berjudul Al-'Uluw Lil 'Aliyil Ghaffaar, "Dahulu Abul Hasan Al-Asy'ary adalah seorang penganut madzhab Mu'tazilah yang beliau ambil dari Abu Ali Al-Jubba'i   kemudian beliau membuang madzhab tersebut dan memberikan bantahannya, maka beliau pun menjadi seorang yang mendakwahkan As-Sunnah sesuai dengan imam-imam ahli hadits.

 Jika shahabat-shahabat kita yang mendalami ilmu kalam membaca buku Abul Hasan Al-Asy'ary tentunya mereka Akan menjadikan buku tersebut sebagai pegangan dan tentunya mereka Akan menjadi baik, namun mereka lebih suka menyelami ilmu tersebut sebagaimana para hukama' terdahulu dalam menyelami sesuatu dan berjalan di belakang ilmu manthiq. Lahaula wala quwwata illa billah"

Taajuddin Abu Nashr Abdul Wahhab bin Taqiyyuddin As-Subky Asy-Syaafi'i [wafat taun 771 H] berkata dalam kitabnya Thabaqaat Asy-Syaafi'iyah AI-Kubra (11/246), "Abul Hasan Al-Asy'ary memegang madzhab Mu'tazilah selama 40 tahun hingga beliau menjadi seorang tokoh Mu'tazilah. Tatkala Allah ingin menolong agama-Nya, Dia mernbuka hati beliau untuk menerima kebenaran dan berdiam di rumahnya, menghilang dari keramaian masyarakat." Kemudian ia menyebutkan perkataan Ibnu Asaakir yang lalu. Burhanuddin Ibrahim bin Ali bin Muhammad bin Farhun Al-Ya'mari Al-Madany AI-Makky [wafat tahun 799 H] berkata dalam kitabnya yang berjudul Dibaajul Madzhab fi Ma'rifat A'yaani Ulama Madzhab hal.

193, "Pada awalnya Abul Hasan Al-Asy'ary adalah seorang penganut paham Mu'tazilah kemudian rujuk kepada madzhab yang benar yaitu madzhab Ahli Sunnah. Banyak orang yang merasa heran hingga beliau ditanya tentang perkara tersebut, beliau menjawab bahwa beliau pernah melihat Nabi $g pada bulan Ramadhan yang memerintahkannya agar kembali kepada kebenaran dan membelanya. Demikianlah kenyataannya.

 Sayyid Muhammad bin Muhammad Al-Husainy Az-Zubaidy yang dikenal dengan Murtadha Hanif [wafat pada tahun 1145 H] mengatakan dalam kitabnya yang berjudul Ittihqfus Saadah Al-Muttaqiin Blsyarh Asraar Ihya' 'Ulumuddin (II/3), "Abul Hasan Al-Asy'ary mengambil ilmu kalam dari gurunya, Abu Ali Al-Jubbaa'i, salah seorang pembesar dan tokoh Mu'tazilah. Kemudian beliau meninggalkan gurunya tersebut disebabkan mimpi yang beliau lihat lalu beliau bertaubat dari paham Mu'tazilah dan mengumumkannya, beliau naik ke atas mimbar di kota Bashrah pada hari Jum'at dan berkata dengan lantang, "Bagi yang sudah mengenalku berarti ia telah mengetahui tentang diriku dan bagi yang belum kenal maka aku adalah fulan bin fulan, aku dahulu berkeyakinan bahwa Al-Qur'an adalah makhluk dan di akhirat kelak makhluk tidak dapat melihat Allah serta para hamba menciptakan perbuatannya sendiri.

Sekarang aku bertaubat dari keyakinan Mu'tazilah dan aku Akan membantah keyakinan Mu'tazilah. "Kemudian beliau inulai membantah keyakinan mereka dan menulis buku-buku bantahan terhadap mereka. Kemudian   Sayyid   Muhammad   bin   Muhammad Al-Husainy berkata lagi bahwa Ibnu Katsir berkata, "Disebutkan bahwa Abul Hasan AI-Asy'ary telah melalui tiga tahapan:
Tahapan pertama: Madzhab Mu'tazilah yang telah beliau tinggalkan secara total.
Tahapan kedua: Penetapan sifat aqliyah yang tujuh: Hayaat, Ilmu, Qudrah, Iradah, Mendengar, Melihat, Berkata-kata dan mentakwil khabar tentang wajah, dua tangan, kaki, betis dan yang semisalnya.
Tahapan ketiga: Menetapkan semua sifat-sifat Allah dengan tidak menanyakan tentang kaifiyah-Nya, tidak menyerupakan dengan makhluk dan membiarkannya menuait kaidah-kaidah manhaj salaf. Demikianlah metode beliau dalam kitab Al-Ibaanah yang merupakan tulisan beliau yang terakhir.

Dengan demikian jelaslah bahwasanya apa yang dinukil dari para ulama tersebut adalah suatu hal tidak diragukan lagi dan tidak ada keraguan lagi bahwa Abul Hasan Al-Asy'ary setelah meninggalkan paham Mu'tazilah beliau berpegang dengan aqidah salaf yang datang dari Al-Qur'anul Karim dan sunnah Nabi -Sholallahu Alaihi Wassalam-

Kitab Al Ibanaah

Al-Hafizh Asaakir dalam kitabnya Tcrbyiinu Kidzbil Muftari berkata, "Ibnu Hazm Azh-Zhahiry menyebutkan bahwa Abul Hasan Al-Asy'ary mempunyai 55 tulisan. Kemudian ia berkata, "Ibnu Hazm meninggalkan setengah dari jumlah tulisan beliau lantas tnenyebutkannya secara mendetail diantaranya kitab Al-Luma' dan kitab yang menjelaskan tentang kekeliruan paham Mu'tazilah yang beliau beri judul Kasyful Asrar wa Hatkul Asrar.
Tafsir Al-Mukhtazin, menurut anggapannya sebanyak 500 jilid. Tidak satupun ayat yang berkaitan dengan kebid'ahan kecuali membatalkan kaitan tersebut dan menjadikannya sebagai hujjah bagi penganut kebenaran, menjelaskan yang masih global dan memberi penjelasan ayat yang rumit serta membatalkan apa yang telah diselewengkan oleh Al-Jubaa'i dan Al-Balkhi dalam tafsir mereka. Kitab al-Fushul fi Raddi 'Ala Mulhidiin wa Khaarijin 'ala Mittah ka al-Falaasifah WA Thabaai'in wad Dahriyin wa Ahli Tasybih. Maqalaat al-Muslimin yang mencakup semua perselisihan dan makalah-makalah kaum muslimin. Al-Hafizh Ibnu Asaakir menyebutkan dengan nama-nama serta tema kitab tersebut dalam kitabnya At-Tabyiin hal. 128 -136.

Ibnu Asaakir dalam buku At-Tabyiin hal. 128 berkata, "Tulisan-tulisan Abul Hasan Al-Asy'ary sudah masyhur dan populer di kalangan alim ulama. Upaya dan keakuratan beliau dalam meneliti mendapat pujian dari kalangan para peneliti. Barangsiapa yang membaca kitab Al-lbaanah pasti akan mengetahui kedudukan beliau dalam bidang ilmu dan agama.
Kemudian pada hal. 152, ia berkata, "Abul Hasan Al-Asy'ary mempunyai aqidah yang lurus sebagaimana yang telah disebutkan. Menurut pandangan ahli ilmu dan para kritisi, beliau mempunyai madzhab yang benar dan sesuai dengan apa yang dipegang oleh kebanyakan ulama yang senior (dalam bidang ilmu). Tidak ada yang mencela aqidah beliau melainkan orang-orang jahil dan keras kepala. Untuk menunaikan amanah, kita harus menceritakan aqidah beliau yang sebenarnya.

Untuk menghindari sifat khianat maka kita berupaya tidak menambah-nambahi atau menguranginya agar pembaca mengetahui bagaimana sebenarnya keadaan beliau yang mempunyai keyakinan landasan agama yang benar. Di antara para ulama yang menisbatkan buku Al-Ibaanah ini kepada Abul Hasan Al-Asy'ary adalah Al-Hafizh Al-Kabir Abu Bakar Ahmad bin Al-Husain bin Ali Al-Baihaqy, [wafat pada tahun 458 H] dalam kitabnya Al-I'tiqad wal Hidayah Ilaa Sabili Ar-Rasyaad pada bab Al-Qaulu bil Al-Qur'an hal. 31, "Asy-Syaafi'i menyebutkan bahwa bukti yang menunjukkan Al-Qur'an yang kita baca dengan lisan, yang kita dengar dengan telinga dan yang kita tulis dalam mushaf disebut Kalaamullah adalah bahwasanya Allah berbicara dengan Al-Qur'an kepada hamba-Nya dan mengutus Rasul-Nya dengan membawa Al-Qur'an dan maknanya. Hal ini juga disebutkan oleh Ali bin Ismail dalam kitabnya Al-lbaanah.


Pada halaman 22 dalam buku yang Sama ia berkata, "Abul Hasan Ali bin Ismail dalam kitabnya Al-Ibaanah berkata, "Jika seseorang berkata, "Kalian katakan bahwa Kalamullah ada di lauhul mahfuzh." Maka dikatakan kepadanya, "Kami berkata seperti itu karena Allah fli berfirman: Yang tersimpan dalam Lauhul Mahfuzh. " (QS. AI-Buruuj: 21-22),
Jadi AI-Qur'an yang berada di Lauhul Mahfuhz itulah yang berada di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu dan yang dibaca dengan lisan sebagaimana firman Alloh Subhanahu Wa Ta'ala "Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) AI-Qur'an karena hendak cepat-cepat (menguasai) nya.” (QS. Al-Qiyaamah: 16). Dan AI-Qur'an itulah yang tertulis dalam mushhaf, terpelihara dalam dada, terucap oleh lisan dan juga terdengar oleh kita. Alloh Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: "Dan jika seseorang dari orang-orang musyirikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya la sempat mendengar firman Allah. " (QS. At-Taubah: 6).

 Kemudian pada halaman 36, setelah menyebutkan dalil-dalil yang menunjukkan bahwa AI-Qur'an adalah Kalamullah bukan makhluk, beliau berkata, "Ali bin Ismail Abul Hasan AI-Asy'ary berhujjah dcngan pasal-pasal ini." Dari naskah manuskrip yang ditulis pada tahun 1086 H. Al-Hafizh Adz-Dzahaby juga menisbatkan kitab Al-Ibaanah kepada Abul Hasan Al-Asy'ary.
la berkata dalam kitabnya Al-'Uluw AI 'Aliyil Ghaffaar hal. 278, 'Abul Hasan Al-Asy'ary berkata dalam kitabnya Al-Ibaanah ft ushulud Dlyaanah dalam Bab istiwa' (bersemayamnya Allah di atas arsy), "Jika seseorang berkata, "Apa pendapatmu tentang istiwa'?" Maka jawabnya, "Kami berpendapat bahwa Allah beristiwa' di atas Arsy sebagaimana firman Allah: "(Yaitu) Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arsy." (QS. Thaahaa:5). Demikianlah hingga akhir kitab Al-Ibaanah, Lantas ia berkata, "Kitab Al-Ibaanah adalah kitab Abul Hasan Al-Asy'ary yang paling populer. Kitab ini diperkenalkan oleh Al-Hafizh Ibnu Asaakir. Kitab ini disalin dan dipegang oleh Al-Imam Muhyiddin An-Nawawy.

Adz-Dzahaby meriwayatkan dari Al-Hafizh Abul Abbas Ahmad bin Tsabit Ath-Thuraqy, bahwa ia berkata, "Aku membaca kitab Abul Hasan Al-Asy'ary yang berjudul Al-Ibaanah tentang dalil yang menetapkan bahwa Allah bersemayam di atas Arsy. la juga menukil dari Abu Ali Ad-Daqqaaq bahwa ia mendengar Zahir bin Ahmad Al-Faqih berkata, "Imam Abul Hasan Al-Asy'ary wafat di rumahku. Ketika sedang sekarat beliau mengucapkan, "Semoga Allah melaknat Mu'tazilah yang keliru dan bodoh." sampai di sini selesai ucapan Adz-Dzahabi. Di antara yang menisbatkan buku ini kepada Imam Abul Hasan Al-Asy'ary adalah Ibnu Farhuun Al-Maaliky.
la berkata dalam kitabnya Ad-Dibaaj hal. 193-194, "Di antara kitab yang ditulis Abul Hasan Al-Asy'ary adalah Al-Luma' Al-Kabir, Al-Luma' Ash-Shaghir dan kitab Al-Ibaanah fl Ushulid Diyaanah." Di antara yang menisbatkan buku ini kepada Imam Abul Hasan Al-Asy'ary adalah Abu Fallah Abdul Hayyi bin 'Imaad Al-Hanbaly [wafat pada tahun 1098 H]. la berkata dalam kitabnya Syadzaraat Adz-Dzahab fi  A'yaanil Madzhab (11/303), "Abul Hasan Al-Asy'ary telah berkata dalam kitabnya Al-Ibaanah ft Ushulid Diyaanah dan ini adalah kitab beliau yang terakhir. Dan kitab ini menjpakan pegangan bagi para pembela beliau terhadap orang-orang yang mencela beliau. Kemudian Abu Fallah menyebutkan satu pasal lengkap dari buku Al-lbaanah tersebut.
Di antara yang menisbatkan buku ini kepada Imam Abul Hasan Al-Asy'ary adalah Sayyid Murtadha AZ-Zubaidy. la berkata dalam kitab Ithaafus Saadah AI-Muttaqiin bi Syarhi Asraari Ihya' Ulumuddin (II/2), "Setelah Abul Hasan Al-Asy'ary meninggalkan madzhab Mu'tazilah beliau menulis kitab At-Mujiz sebanyak 3 jilid, kitab Mufiid fi Radd ala Jahmiyah wal Mu'tazilah, Maqalaatul Islamiyin dan kitab Al-Ibaanah. Telah kita singgung perkataan Ibnu Katsir bahwa Al-Ibaanah adalah kitab terakhir yang ditulis oleh Abul Hasan Al-Asy'ary.
Di antara yang meyebutkan bahwa Al-Ibaanah adalah tulisan Abul Hasan AJ-Asy'ary adalah Abul Qaasim Abdul Malik bin Isa bin Darbas Asy-Syaafi'I [w 605H] ia berkata dalam kitab Adz-Dzabb 'An Abil Hasan Al-Asy'ary, "Wahai saudara-saudara sekalian! Ketahuilah bahwa Al-Ibaanah 'An Ushulud Diyaanah adalah kitab yang ditulis oleh Al-Imam Abul Hasan Ali bin Isma'il Al-Asy'ary yang merupakan keyakinan beliau yang terakhir berkat kanunia dan rahmat Allah, buku ini berisikan kepercayaan beliau dalam agama Allah  setelah beliau bertaubat dari keyakinan Mu'tazilah. Semua buku yang dinisbatkan kepada beliau yang bertentangan dengan yang beliau rulis setelah beliau bertaubat maka beliau tidak bertanggung jawab di depan Allah.
Sebab dengan tegas beliau menyatakan bahwa (buku) ini mengungkapkan kepercayaan beliau dalam agama Allah. Beliau meriwayatkan dan menetapkan bahwa buku tersebut berisi keyakinan para shahabat, tabi'in, imam-imam hadits yang terdahulu dan perkataan Imam Ahmad bin Hanbal -rahimahulloh-  Isi buku tersebut dapat dibuktikan kebenarannya dari kitabullah dan sunnah Rasulullah Lantas apakah boleh dikatakan bahwa beliau telah bertaubat dari Al-Qur'an dan As-Sunnah? Lalu dari madzhab manakah beliau bertaubat? Bukankah meninggalkan madzhab Al-Qur'an dan Sunnah Nabi bertentangan dengan ajaran yang dipegang oleh para shahabat, tabi'in dan para imam ahli hadits yang diridhai? Berarti jelaslah bahwa beliau berada di atas madzhab mereka dan meriwayatkan dari mereka.

Sungguh hal ini tidak pantas dilakukan oleh orang awam muslimin apalagi para imam kaum muslimin! Atau apakah dikatakan bahwa beliau jahil terhadap apa yang beliau nukil dari para salaf terdahulu padahal 13 Wafat tahun 605 H. Beliau telah menghabiskan usia untuk meneliti berbagai madzab  dan rnengetahui berbagai jenis agama. Bagi orang yang insyaf akan mengakui hal ini dan tidaklah berprasangka seperti itu kecuali seorang yang takabbur dan congkak." la (Abul Qasim ibnu darbas) ada menyinggung tentang kitab al ibaanah  serta menjadikannya sebagai pegangan dan me nyimpulkan  kitab itu adalah tulisan Abul Hasan Al-Asy'ary. Ia juga memuji isi kitab tersebut dan membersihkan segala kebid'ahan yang dituduhkan kepada beliau. Banyak para imam terkenal dari kalangan pakar ahu fiqih Islam, qurra', para penghafal hadits dan lain-lain menukil dari kitab Al-Ibaanah ini.

Ibnu Darbas menyebutkan kelompok yang telah kita singgung tadi dan ditambahkan oleh Al-Hafizh Abul Abbas Ahmad bin Tsabit Al-'Iraqy dan disebutkan bahwa beliau menjelaskan dalam bukunya tentang masalah istiwa', "Aku melihat orang-orang Jahmiyah berorientasi pada keyakinan yang menafikan ketinggian Allah di atas arsy-Nya dan menakwil kata istiwa' lantas menisbatkan hal itu kepada Abul Hasan Al-Asy'ary. Ini bukanlah awal kebatilan yang mereka ucapkan dan bukan pula awal kedustaan yang mereka lontarkan. Aku telah rnelihat berbagai dalil penetapan sifat istiwa' yang tercantum dalam kitab beliau yang bernama Al-Ibaanah 'An Ushulul Diyaanah, seperti yang telah aku sebutkan. Al-Imam Al-Ustadz Al-Haafizh Abu Utsman Isma'il bin Abdirrahman bin Ahmad Ash-Shaabuni tidak keluar dari majelis ta'limnya kecuali kitab Al-Ibaanah tulisan Abul Hasan Al-Asy'ary dalam pegangannya dan menampakkan kekaguman beliau terhadap kitab tersebut dan berkata, "Tiada alasan untuk mengingkari kitab ini yang berisi penjelasan madzhabnya."

        Di antara yang menisbatkan buku ini kepada Imam Abul Hasan AI-Asy'ary adalah AJ-Faqih Abul-Ma'aly Mujla pemilik kitab Fiqih Adz-Dzakhaair. Ibnu Darbas berkata, "Beberapa orang telah menceritakan kepadaku dari Abi Muhammad AI-Mubaarak bin Ali Al-Baghdaadi dan aku nukil dari tulisan Abul Hasan Al-Asy'ary sendiri pada akhir kitab Al-Ibaanah, ia berkata, "Aku menukil semuanya dari naskah yang disimpan oleh Syaikh AI-Faqih Al-Mujalla Asy-Syaafi'i yang beliau keluarkan dari sebuah jilid. Kemudian aku menyalinnya dan memperlihatkan kepada beliau. Beliau (AI-Faqih AI-Mujalla Asy-Syaafi'i) menjadikan keterangan yang terdapat dalam kitab itu   (Al-lbaanah) sebagai pegangan beliau seraya berkata, "Sungguh hebat penulisnya, ia mematahkan hujjah siapa saja yang mengingkarinya." Hal ini ia katakan langsung kepadaku dan berkata, "Inilah madzhab yang aku pegang. Aku menukilnya pada tahun 540 H di kota Makkah dan inilah akhir dari apa yang aku nukil dari tulisan Ibnu Baththah dan menyebutkan di antara orang-orang yang menisbatkan Al-Ibaanah kepada Abul Hasan AI-Asy'ary ialah Abu Muhammad bin Ali AI-Baghdady yang tinggal di Makkah.

Ibnu Darbas berkata, 'Aku menyaksikan naskah kitab Al-Ibaanah yang beliau (Abul Hasan Al-Asy'ary) tulis dari awal hingga akhir milik guru kami, pimpinan ulama AI-Faqih Al-Haafizh Ai-'Allamah Abul Hasan bin Mufadhdhal Al-Maqdisy lalu aku menyalinnya. Kemudian aku bandingkan dengan naskah lain yang telah kutulis dari kitab Al-Imam Nashr Al-Maqdisy di Baitul Maqdis. Beberapa shahabat kami memperlihatkannya kepada salah seorang tokoh Jahmiyah di Baitul Maqdis yang menisbatkan diri secara dusta kepada Abul Hasan AI-Asy'ary, namun ia mengingkari dan menyangkalnya seraya berkata, "Kami belum pernah rnendengar tentang buku itu! Buku itu bukan tulisan Abul Hasan AI-Asy'ary!"Pada akhirnya ia berusaha mengingkarinya dengan akal piciknya untuk menepis syubhat dalam otaknya, sambil menggaruk-garuk janggutnya ia berkata, "Mungkin buku ini ditulis saat beliau masih sebagai seorang hasyawi (kacau pikirannya}."

Ibnu Darbaas berkata, "Aku tidak tahu perkara mana yang lebih aneh, apakah tentang kejahilannya terhadap kitab yang terkenal itu dan banyak disebutkan oleh para ulama dalam buku-buku mereka, atau kejahilannya terhadap kondisi gurunya dengan menisbatkan kedustaan kepada beliau dan ketenaran beliau di kalangan umat Islam baik di kalangan terpelajar maupun awam. Terhadap guru mereka yang mereka jadikan pegangan mereka berani berbuat seperti ini, apalagi terhadap para salaf dan imam terdahulu dari kalangan shahabat, tabi'in, pakar fiqih dan hadits, tentunya mereka tidak pernah mengindahkan kitab-kitab mereka dan tidak pernah memperhatikan hadits- hadits.

Demi Allah mereka sangat jahil dalam perkara ini. Bagaimana tidak, sebagian dari mereka menyatakan dengan suka rela menisbatkan diri kepada Abul Hasan Al-Asy'ary, namun realitanya mereka menyelisihi kitab Abul Hasan Al-Asy'ary yang di dalamnya disebutkan tentang taubat beliau dan prinsip agama yang beliau pegang. Penulis mengambil prinsip yang tercantum dalam kitab yang pertama. Padahal yang bertentangan dengan hal itu justru lebih tepat dan lebih benar, agar sesuai dengan kaidah dan agar tercapai kata sepakat dalam masalah ini."
Selesailah penukilan ucapan Ibnu Darbas -rahimahulloh-

Al Ibanah: Kupas Tuntas Penyimpangan Aqidah Al Asy'ariyah
Judul asli: Al-Ibaanah 'An Ushulud Diyaanah
Penulis: Imam Abul Hasan Al Asy'ari
Taqdim: Syaikh Hammad bin Muhammad Al Anshari, Syaikh Isalamil Al Anshari, Syaikh Abdul Aziz bin Baaz
Fisik: buku ukuran sedang, softcover, 242 hal
Penerbit: pustaka at Tibyan
Harga Rp 39.500
Pemesanan: admin@al-aisar.com, sms: 0819-2469-325


KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN PUASA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله
وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد

KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN PUASA

       Takrif puasa, puasa mempunyai keistimewaan yang tidak dapat pada ibadah yang lain. Ini terbukti apabila Allah menyandarkan puasa itu kepada-Nya. Allah SWT telah berfirman dalam hadith Qudsi yang bermaksud “puasa itu adalah untukku, aku lah yang akan membalasnya”. Sandaran puasa Allah itu sudah cukup untuk menunjukan kemulianNya, sebagaimana kemulian Baitullah yang juga disandarkan kepada-Nya.

 Puasa mengikut syarak : menahan diri dari melakukan perkara-perkara tertentu pada waktu yang ditetapkan terhadap orang-orang tertentu dengan syarat khas disertai dengan niat. Diantara perkara larangan itu ialah makan dan minum, bersetubuh dengan isteri pada siang hari iaitu dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan niat untuk menjalankan perintah Allah dan mendekatkan diri dengan-Nya. Ramadhan diambil daripada perkataan ar-ramdhu yang bererti bersantang panas. Menurut Tafsir Al-Qurtubi, orang terdahulu sebelum menamakan sesuatu bulan mengambil kira musim dan keadaan pada bulan tersebut. Kebetulan Bulan Ramadhan pada ketika itu panas, ada juga ulama yang mengatakan ia bererti kepanasan yang membakar dosa-dosa dengan melakukan amal soleh,( wallahuaklam).

Puasa adalah salah satu daripada Rukun Islam, satu fardu dari Allah. Terdapat banyak dalil tenteng kewajipan puasa, Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak Ulama’. Puasa Ramadhan disyariatkan setelah Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, pada tahun ke dua Hijrah. Rasullulah saw sempat merasai sembilan kali musim Ramadhan, bermula dari dua hingga sepuluh Hijrah.

DALIL WAJIB PUASA
Al-Quran:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. [Al-Baqarah 2:183]

Hadith:
Daripada Abdullah Bin Umar R.A.meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda ( maksudnya) Islam itu dibina atas Lima Rukun : Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat Lima Waktu, Berpuasa Dibulan Ramadhan, Menunaikan Haji Bagi Yang Berkemampuan.[HR Al-Bukhari dan Muslim]. Telah ijmak para Ulama bahawa puasa itu salah satu daripada Rukun Islam. Telah dimaklumi bahawa ianya adalah sebahagian daripada agama. Mereka juga bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengingkari kewajipanNya adalah kafir.

KEUTAMAAN PUASA
Keutamaan puasa adalah disebabkan oleh dua perkara:
Pertama : Ia adalah rahsia dan merupakan amalan batin yang tidak diketahui oleh orang ramai dan jauh daripada perasaan riya’
Kedua : Ia merupakan penentangan kepada musuh Allah iaitu Syaitan. Ini kerana Nafsu Syahwat adalah alat kepada Syaitan. Ia menjadi kuat dengan makan dan minum. Maka sekiranya ia sentiasa dibajai dan disuburi, selagi itulah Syaitan akan terus tersemai di situ. Syaitan akan sentiasa berulang alik kepadanya. Jadi meniggalkan perkara yang menyuburkan nafsu syahwat akan menyempit jalan Syaitan.
Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W yang menyebut tentang kelebihan puasa. Ini kerana puasa di dalam Islam mempunyai pelbagai kebaikan dan kelebihan.

ANTARA KELEBIHAN YANG PENTING IALAH:

1. Puasa membawa kepada ketaqwaan, iaitu  dengan menunaikan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan niat mencari keredaan-Nya. Allah SWT telah berfirman maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. [Al-Baqarah 2:183]. Ahli Tafsir berkata : jika Allah berkata “la’alla” (semoga) ia bermaksud kewajipan. Ayat ini membayangkan jika kamu melakukannya dengan syarat dan peraturan, kamu akan mencapai ketaqwaan. Taqwa merupakan satu sifat yang paling mulia dan paling tinggi yang dapat dicapai oleh seorang hamba.

2. Puasa sebagai satu cara untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat kurnian-Nya. Iaitu dengan menahan diri daripada makan, minum dan hubungan suami isteri yang merupakan diantara nikmat besar kurniaan Allah SWT. Apabila seorang itu meninggalkan perkara tersebut buat sementara waktu, dia akan menyedari akan kepentingannya, ini kerana nikmat akan dihargai sehingga kita kehilanganya. Ini akan menjadikan seorang muslim itu menunaikan tanggungjawab segala nikmat ini dengan merasa syukur kepada Allah. Mensyukuri nikmat adalah satu kewajipan, sama ada dari segi fizikal atau pun Agama. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt di dalam firman-Nya tentang puasa dalam surah Al-Baqarah (2) ayat-ayat 183, 184 dan 185. Maksudnya semoga kamu bersyukur kepada-Nya. (Al-Baqarah 2; 185)

3. Puasa  juga dapat menahan dan mengawal nafsu. Ini apabila seorang itu kenyang, ia akan bernafsu, tetapi apabila ia lapar, nafsunya akan terkawal. Kerana itulah  Rasulullah SAW telah bersabda kepada golongan pemuda (maksudnya), Sesiapan yang mampu berkahwin dari kalangan kamu, maka kahwinlah dan sesiapa yang tidak mampu, dia hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu dapat mengawal nafsunya [HR Al-Bukhari  Dan Muslim]. Puasa itu dapat menahan diri daripada maksiat.

4. Puasa juga menguatkan azam dan tekad, mengajar kesabaran, membantu menguatkan minda dan menajamkan fikiran. Orang islam sangat memerlukan kekuatan azam dan ketahanan diri yang tinggi melalui lapar dan dahaga disepanjang Bulan Ramadhan. Sesiapa yang mampu cabaran ini ketika puasa, haruslah mampu juga menahan dirinya dari melakukan apa-apa yang boleh menggugat dan melemahkan kekuatan ini selepas berbuka puasa. Dia tidak patut merosakkan pada waktu malam segala kekuatan azam yang telah dibinanya dengan menahan diri dari kesukaanya pada siangnya. Ini kerana dia telah mampu malawan nafsunya dengan kekuatan azam. Maka sesiapa yang tabah dan kuat azamnya akan mampu untuk mengatakan kepada kemungkaran “ ini adalah mungkar” dan akan mampu untuk menghadapi setiap aspek negetif di dalam masyarakatnya. Dia akan menjadi masyarakat yang berguna dan bukan memusnahkanya.

5. Puasa membina akhlak terpuji. Puasa sebagai satu sekolah yang mendidik orang Islam yang berpuasa dengan akhlak yang mulia. Melalui ibadah puasa dia belajar erti taqwa, kebaikan, ihsan, keazaman, kerjasama, tolong menolong, kemurahan, kesabaran, dermawan, kasihan, dan akhlak terpuji yang lain. Ibadah puasa menjadikan seorang itu sentiasa sedar akan Tuhanya.
 Ini akan menjadikan mereka mampu mengawal diri mereka sendiri dari melakukan semua perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Puasa itu sebagai pengawal di dalam diri seorang muslim. Maka setiap perbuatan yang dilakukanya akan dipantau oleh pengawal dalam diri. Bolehkah anda bayangkan seorang yang berpuasa, jujur dan benar terhadap Tuhanya tetapi pada masa yang sama menipu, khianat dan tidak benar dengan manusia? Kerana inilah puasa boleh menjadi faktor untuk melahirkan seorang yang berakhlak mulia, membina dan menguatkanya. Inilah hasil latihan yang Allah maksudkan  di dalam kitab-Nya apabila dia berfirman yang bermaksud : Semoga Kamu Bertaqwa [Al-Baqarah 2 : 183]. Puasa menjaga kesihatan jantung / hati dan anggota badan yang lain dan mengembalikan kepada mereka apa-apa yang telah dirampas oleh hawa dan nafsu. Hakikatnya, ia adalah satu jalan yang jelas kearah taqwa.

6. Puasa adalah satu manifesti yang nyata untuk menunjukkan penyatuan orang islam dan persamaanya. Puasa menunjukkan satu persamaan yang sempurna bagi seluruh orang islam,  tanpa ada perbezaan di antara yang kaya dan yang miskin, pemimpin  dan rakyat, yang besar dan yang kecil, yang lelaki dan yang perempuan, semua orang puasa untuk Tuhan mereka, memohon keampunan bagi dosa-dosa mereka, menahan diri dari makan dan minum pada waktu yang sama dan berbuka pada waktu yang sama juga. Mereka semua sama-sama mengalami keperitan lapar dan larangan-larangan lain yang berkaitan dengan amalan puasa ketika mereka menunaikannya pada waktu siangnya. Maka puasa membolehkan masyarakat Islam mencapai satu penyatuan di dalam tujuan, perasaan, kesedaran dan nasib mereka.

7. Puasa juga memberi faedah kepada kesihatan secara umum. Puasa menyihatkan badan. Ia memperbaharui kehidupan manusia dengan mengaktifkan sel lama yang telah digunakan. Ia juga memberi rehat kepada perut dan sistem penghadaman, menjaga badan dan membuang mendapan dan cairan lebihan yang disebabkan oleh makanan dan minuman. Para doktor juga telah menyebut banyak kelebihan tentang puasa. Terdapat banyak lagi keindahan dalam ibadah puasa yang menunjukan kepada keindahan dan kesempurnaan Agama ini. Bahkan, terlalu banyak untuk disebut kesemuanya dalam makalah ini.
Wallahu a’lam

DOA PEJUANG OLEH SANG MURABBI


Doa Pejuang Oleh Sang Murabbi
Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Parti Keadilan Sejahtera (PKS-Parti Islam di Indonesia)
Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Ogos 1998, yang diiringi oleh titisan air mata hadirin.
Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian
Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya
Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami
"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"
Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu
Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan laut yang mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan
Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya
Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami
Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri
Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan
Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

8 KALI IBUKU BERBOHONG DENGANKU...


 Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu

10 AMALAN TERBALIK YG TIDAK DISEDARI


Amalan terbalik yang tidak disedari

antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

PERSEDIAAN RAMADHAN ANTARA AGAMA DAN ADAT


Persediaan Ramadhan antara agama dan adat

Kedatangan bulan Ramadhan selalu disambut dengan meriah oleh umat Islam diseluruh dunia dan setiap muslim akan masing-masing membuat persiapan dan persediaan untuk menyambutnya. Ada yang membuat persediaan dengan membeli berpaket-paket buah kurma, ada yang membeli baju melayu dan kopiah atau pakaian solat untuk dipakai sewaktu terawih dan ada pula yang membuat persiapan dengan mengambil ubat-ubatan bagi membolehkan dirinya berpuasa tanpa didatangi haid seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang perempuan.

Bermacam-macam persiapan yang dilakukan oleh orang ramai ketika menyambut kedatangan Ramadhan seolah-olah ianya sudah menjadi satu budaya dan adat yang disambut setiap tahun berbanding kewajipan agama yang lain seperti solat, sedekah, dakwah dan selainnya.  Keagungan bulan Ramadhan memang tidak perlu diceritakan lagi kerana setiap Muslim mengetahui bahawa kedatangan Ramadhan membawa kewajipan puasa yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang mendapati (di negeri tempat tinggalnya) kehadiran bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan tersebut.” (Al-Baqarah : 185)

Sebenarnya apakah persediaan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman menjelang kedatangan bulan Ramadhan ?  

Jawapannya terletak dalam firman Allah SWT yang menyebut : “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang sangat besar.” (Al-Ahzab : 35)

1. Apa yang penting bagi seorang Muslim bukanlah membuat persiapan kebendaan seperti mengubahsuai rumah, membeli kurma dan menyediakan pakaian yang khas untuk menyambut kewajipan puasa Ramadhan tetapi sebaliknya membuat persiapan dalaman yang merupakan asas penting untuk mendapatkan ‘manfaat’ dari kedatangan Ramadhan iaitu supaya manusia beroleh taqwa !

Firman Allah SWT yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)

2. Persiapan dalaman itu ialah memiliki aqidah yang sahih sebagai seorang muslim kerana tidak guna ibadat seorang yang syirik dan memiliki kekufuran di dalam hatinya sekalipun dia berpuasa kerana Allah SWT menyebut : “Dan tidaklah doa (ibadah) orang-orang kafir itu melainkan ia hanyalah sia-sia belaka.” (Ar-Radd :14)

3. Mempersiapkan niat adalah antara persiapan seorang muslim yang penting selepas memiliki aqidah dan tauhid yang sahih kerana tidaklah diterima sesuatu amalan itu melainkan dengan niat kerana Allah. Ada orang yang berpuasa kerana mahu menguruskan badan, ada yang berpuasa kerana mahu kesihatan dan hanya orang yang beriman berpuasa kerana mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT. Abu Umamah Al-Bahili ra meriwayatkan bahawa nabi salallahualaihiwassalam bersabda : "Barangsiapa yang berpuasa sehari dijalan Allah maka Allah akan menjadikan antara dirinya dan neraka itu ada parit yang menghadang seperti langit dan bumi." (Riwayat Tirmidzi no. 1624)

4. Mempersiapkan diri dengan ilmu khususnya tentang memahami hukum-hakam dan kaedah berpuasa yang sahih dari Al-Quran dan As-sunnah. Ini kerana puasa bermaksud menahan diri dari melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWt dan perkara yang membatalkan puasa. Justeru adalah menjadi kewajipan mereka yang berpuasa untuk mengetahui larangan-larangan puasa dan pembatalnya. Disebut di dalam hadith riwayat Abu Daud bahawa barangsiapa yang berbuka puasa tanpa uzur atau kerana rukhsoh maka dia tidak akan dapat mengantikan puasanya itu walaupun dia berpuasa sepanjang waktu.

5. Salah satu diantara faedah puasa ialah supaya dapat merasai penderitaan orang yang susah dan mengalami keperitan mereka yang sentiasa lapar dan dahaga. Puasa juga melatih sabar dan kekuatan jiwa oleh itu adalah perlu bagi umat Islam untuk menahan diri dan bersiap sedia untuk bercampur dengan golongan susah, fakir-miskin dan anak yatim serta kemuncaknya ialah dengan mengeluarkan zakat fitrah kepada mereka menjelang akhir Ramadhan dan sebaik kedatangan Syawal.

6. Puasa diwajibkan kepada mereka yang mampu maka hendaklah kaum muslimin menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani mereka sepanjang waktu supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Allah menjadikan kewajipan puasa bukanlah dengan tujuan untuk memudharatkan manusia sebaliknya untuk mendekatkan kita kepada Allah dan supaya menambah amalan dan memberikan kekuatan serta melatih kesabaran di dalam hidup.

7. Sebaik-baik puasa seorang Muslim ialah puasa yang meninggalkan perbuatan keji dan mungkar serta maksiat kerana Allah. Ini kerana di dalam hadith riwayat Al-Bukhari ada menyebut bahawa Allah SWT tidak berhajat kepada puasa hambaNya yang menahan makan dan minum (lapar dan dahaga) tetapi melakukan perbuatan keji dan dosa. Oleh itu hendaklah kita melatih diri dan bersiap-siap meninggalkan perbuatan keji dan mungkar sebelum menjejakkan kaki ke dalam bulan Ramadhan agar beroleh rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.

Abu Hurairah ra meriwayatkan dalam sebuah hadith qudsi bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda, “Allah Azzawajalla berfirman bahawa setiap amalan anak Adam adalah dilakukan untuk diri mereka sendiri kecuali puasa kerana ianya untukKu dan Aku yang akan memberikan ganjarannya. Demi zat yang jiwa Muhammad berada ditanganNya, mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi disisi Allah daripada bau kasturi.” (hadith riwayat Muslim, no.1151.)

WALLAHUA'LAM

RAMADHAN AL-KARIM



ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi.Seperti namanya bulan ini memang di berkati Allah dan Dia memenuhinya dengan pelbagai keberkatan.Di antara gambaran luar paling menyerlahkan keberkatan itu ialah betapa bersemarak dan makmurnya Ramadhan dengan segala kelainannya berbanding bulan-bulan lain.

Ketekunan dan keghairahan umat Islam menyempurnakan pelbagai amal ibadah bagaikan mencapai tahap puncak di bulan yang mulia ini.Walhal semua tahu betapa amal ibadah untuk taqarrub ilallah merupakan satu tuntutan kepada kita disepanjang kehidupan tanpa dikhususkan pada bulan-bulan tertentu.

Pun begitu, kita turut diajar bahawa setiap amal ibadah itu ada tingkatan ganjaran berbeza mengikut masa dan tempat ia dilaksanakan.Solat di rumah umpamanya tidak sama darjah ganjaran berbanding solat di masjid.Begitulah juga apabila solat yang sama dilaksanakan di Masjidil Haram Makkah, ganjarannya tidak sama.Lebih tidak sama lagi sekiranya dilakukan di bulan Ramadhan.

Begitulah ganjaran tingkatan berbeza yang kita fahami,bagi setiap amal ibadah.Walaupun ia suatu tuntutan sepanjang hayat,dan setiapkali melaksanakannya kita di beri jaminan ganjaran "keuntungannya" menjadi lebih berganda apabila datangnya musim-musim utama seperti Ramadhan.Ada keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang telah di jamin oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya bagi setiap amal pada bulan penuh barakah ini.

Sebab itu Islam menggalakkan umatnya mempertingkatkan amal ibadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ia datang hanya sekali dalam setahun.Peluang ini tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa kita mengambil segala daya usaha mengoptimakan manfaat kehadirannya.

Selain menyempurnakan amalan puasa yang wajib,perbanyakkanlah amalan-amalan sunat,terutama yang kerap disenaraikan para Ulama' bersandarkan apa yang pernah di contohkan oleh Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.Antaranya seperti beriktikaf di masjid,memberi makan orang berbuka,solat taraweh,bersedekah, membaca  Al-Quran,bertadarus,qiamullail,berzikir,beristighfar,mengerjakan umrah,mohon syurga dan minta agar dajauhkan dari neraka.

Maka ucapkanlah ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-Mubarak.Semoga kehadirannya benar-benar memberi keberkatan kepada kita semua.


'KEPIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BUKAN KEHORMATAN'

Nawawi Abdul Rahman (Al-Faqir Ilallah)
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),Kolej Islam Darul Ridzuan, Sesi 2012/2013
FB: Nawawi Abdul Rahman (Uwais Al-Qarni)
Emel: musafir_siasah@yahoo.com